[#KajunAjakSembang] - Penghargaan dan Terima Kasih

SeMANGAT pagi semua RAMians!!!
😉😉😉😉

Kajun sedang mengopi sambil menghadam beberapa perkara yang telah dibincangkan bersama-sama RAMbassador bagi merancakkan lagi tahun 2017.
Haaa, macam banyak bunyinya tu kan?
Sabar, sabarrr....
Nanti akan dihebahkan satu persatu dalam page ini dari masa ke masa.
Yang paling penting, sokongan kalian yang tidak berbelah bahagi itulah bakal memungkinkan segalanya.

Bercakap tentang sokongan, tidak lari tidak, ianya akan berkait juga dengan setia.
Pada kebiasaannya, keduanya akan berjalan seiringan.
Ibarat kasih dan sayang.
Walau mungkin kita tidak sentiasa di sisi seseorang itu, namun setia itu tetap ada.
Apatah lagi sokongan, sentiasa kita akan cuba luah dan berikan walau dari kejauhan.

Jadi dengan sokongan kalian para RAMians seramai 97,519 'likers' dalam page FB ini, 7934 followers di Instagram serta rakan-rakan di luar sana sudah pastinya akan menguatkan semangat Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) sendiri untuk terus berkarya dan menukilkan naskhah yang indah lagi bermanfaat buat kita semua.

Kajun mewakili RAMbassador ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat kalian atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan RAM.
Kerana Kajun selamanya yakin, sokongan yang ikhlas itu ibarat percaya, dan percaya itu pasti akan dengan diselangi doa yang baik-baik dan indah.
Apa yang permulaannya indah dan baik, pasti menghasilkan sesuatu yang seperti itu juga malah lebih bagus lagi.

Oh mesti ada yang bertanya, RAMbassador ini apa ya?
Kami para RAMbassador bertindak sebagai perantara antara Tuan RAM dan RAMians, juga sebagai pemudahcara dalam urusan yang melibatkan kedua-dua pihak.
Tapi kami pun RAMians juga tau?
Jadi, kita ini sama sahaja.
Kita semua adalah peminat Tuan RAM yang akan sentiasa berdiri gah menyokong beliau dalam apa jua keadaan selama mana yang diizinkanNya.

Selamat berhujung minggu buat RAMians.
Sebagai manusia, Kajun sayang kalian semua!

**Gambar semasa Program Lepasan Kelara di Tanjung Bungah yang lepas**
#sebagaimanusiaakusayangpadamu
#iamramians
#kajunajaksembang
#kajunnakkongsi

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin