MAGIS – Tempahan kini dibuka
Salam Hormat,
Bagi membantu dan memudahkan, Insyaallah, kami di RAMFC kini membuka tempahan novel MAGIS kepada RAMians sekalian. Kami tidak menjanjikan apa-apa kelainan atau perbezaan. Harga buku masih sama seperti harga pasaran cuma ditambah dengan caj pos. Yang masih lagi istimewa adalah tandatangan penulis sendiri & cop rasmi RAMFC sebagai tandamata kepada anda. Berikut adalah harga novel jika ditempah melalui RAMFC:
RM28.00 (Semenanjung Malaysia)
RM32.00 (Sabah & Sarawak)
*Harga di atas adalah harga buku termasuk dengan caj pos. Harga buku RM21.00
Tempahan ini dibuka hanya sementara sehingga buku telah berada di pasaran seluruh Malaysia. Tarikh akhir tempahan akan diumumkan nanti. Manakala tarikh penghantaran adalah seminggu selepas buku mula diedarkan oleh penerbit. Kami di RAMFC ingin menyatakan semua urusan adalah Dengan Izin dari Nya. Kami di sini berdoa sesungguhnya segalanya berjalan lancar.
Oleh kerana tempahan ini untuk memudahkan anda, jadi kami harap anda dapat memudahkan tugas kami dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1) Membuat pembayaran ke dalam akaun bank berikut:
CIMB 14280070526523
Noorsyeila Bibi Binti Mohamed Din
*Hanya satu saluran pembayaran diberikan. Harap maklum.
2) Menghantar butir-butir berikut kepada kami:
Nama penuh:
Kuantiti Novel:
No telefon:
Alamat:
Maklumat pembayaran;
(Tarikh, masa & jumlah)
*jika bayaran dari ‘online banking’, sila salin & tampal(copy & paste) bahagian resit ursuniaga dan masukkan di bahagian ini.
*Jika bayaran dari mesin ATM, sila lampirkan foto resit ke dalam email anda.
dan emailkan ke [ buku.ramfc@gmail.com ]. RAMFC hanya melayan tempahan novel ini melalui email ini sahaja. Tidak melalui mana-mana saluran yang tidak diumumkan di sini.
Kami akan mengesahkan pembayaran anda setiap hari selepas jam 11.00 malam. Manakala, satu lagi email akan menyusul selepas buku dihantar. Status pesanan juga boleh dirujuk di laman web ini. Harap maklum.
Penafian
i) Novel ini diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf. Kami RAMFC hanya membantu menjual kepada ahli-ahli RAMFC.
ii) Segala keuntungan akan disalurkan untuk tujuan mentadbir & menguruskan kelab ini.
0 Ulasan
Sila tinggalkan komen anda di sini.