Lepasan Kelara : Ekspresi Kembara Setengah Dekad



Setengah dekad lalu RAMFC ditubuhkan atas dasar minat seorang pembaca karya Ramlee Awang Murshid iaitu Sdr. Elle Syeila. Bermula detik itu, kelab ini terus berkembang sehingga berjaya menarik mereka yang punya minat yang sama seramai 25 ribu orang pengikutnya di pages. Maka sebagai mengimbau kembali sejarah penubuhannya satu aktiviti telah dirangka oleh AHLI JAWATANKUASA PROGRAM yang diketuai oleh Presiden Kelab sesi 2012/2013 iaitu Cikpuan Noorhafiza Izura. Terakam sejarah pada 23 Jun 2012, bertempat di NZ Curry House Wangsa Maju menjadi saksi majlis meraikan ulang tahun ke 5 RAMFC.

Acara yang dijadualkan pada pukul 2.30 petang itu turut disertai oleh Tuan Ramlee Awang Murshid bersama isteri dan juga anak tercinta. Bermula jam 12 tengahari, Ahli jawatankuasa yang terlibat sudah berada dilokasi untuk persiapan terakhir.


Pendaftaran dibuka tepat jam 2.00 petang. Sambutan aktiviti kali ini sangat memberangsangkan. Seramai 32 orang RAMians yang pertama kalinya menyertai aktiviti anjuran RAMFC hadir.  Kehadiran Mantan Presiden Sdr. Mie Long dan juga bekas Ahli Majlis Tertinggi sesi yang lepas serta hardcore memeriahkan lagi aktiviti pada petang itu. Aktiviti yang dihadiri seramai 54 orang ahli itu dipenuhi dengan suasana yang santai dan ceria. AJK program juga sangat berbesar hati dengan kehadiran wakil dari Akhbar Sinar Harian.




Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengacara aktiviti iaitu Saudara Iszmir, diikuti dengan ucapan dari Cikpun Noorhafiza Izura selaku Presiden Kelab RAMFC sesi 2012/13 dan Pengarah Program petang itu. Kemudian aktiviti diteruskan dengan ucapan ringkas dari Cikpuan Elle Syeila selaku orang yang bertanggungjawab menubuhkan kelab dan juga ucapan dari Sdr. Mie Long iaitu Mantan Presiden Kelab sesi yang lalu.



Masa yang ditunggu akhirnya tiba, ucapan perasmian aktiviti LEPASAN KELARA: Ekspresi Kembara Setengah Dekad oleh Tuan Ramlee sendiri. Acara kemudian disempurnakan dengan acara memotong kek ulang tahun ke 5 RAMFC. Meja dihias ceria dengan kek cawan hasil air tangan dari Chef Lusiana Katering. Kemudian semua yang hadir bersama-sama menjamu selera dengan hidangan ringkas mee hoon goreng dan kuih muih serta teh tarik.



Acara yang paling dinanti adalah mendengar cerita dari  Tuan Ramlee. RAMians yang hadir tidak melepaskan peluang bertanya sendiri soalan kepada Tuan Ramlee. Aktiviti diteruskan dengan acara Ice Breaking dan juga Aktiviti yang dinamakan Sesat Di Alam Tidak Berdinding.

Aktiviti santai petang itu turut diambil peluang oleh RAMians yang hadir mendapatkan tandatangan  dari Tuan Ramlee untuk diabadikan di novel kesayangan masing-masing.

Lepak santai petang itu berakhir lebih kurang pada jam 5.00 petang. Majlis penutup di akhiri dengan bacaan selawat dan juga salam semut.



Selain dari pulang dengan kenangan manis, mereka yang hadir juga pulang dengan perut yang kenyang dengan makanan enak yang ditaja oleh Lusiana Katering, Puan Hajah Zaiton dan juga Puan Norlela Md Sideh. Mereka juga dititipkan beg cenderamata yang diisi dengan novel sumbangan Group Buku Krangkraf, Candle Holder sumbangan Pn Sempoii Morrok, penanda buku dari LHS PrintServices, Keronsang Kristal dari Stor Yah dan juga penanda buku dari batang aiskrim yang unik sumbangan dari Shimaku Felt Craft. Jutaan terima kasih kepada para penaja yang memberi sumbangan dan juga sokongan.



Semoga aktiviti ini menjadi titik tolak untuk kelab Ramlee Awang Murshid terus maju dengan misinya yang tersendiri. Sehingga ketemu lagi di aktiviti yang lain...



Lin
Setiausaha Program
27hb Jun 2012  
                                                                                        




Share:

2 Ulasan

  1. sempoii morrok17/7/12 8:59 PG

    Ulasan yang baik, Saya suka.

    Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan. Tahniah Ramians!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kadih juga pada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini hari itu.

      Padam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin