Cenderahati Esklusif RAMFC:Lencana ‘I Love Sunan’ & Topi RAMFC.
Untuk meraikan kehadiran novel terbaru Ramlee Awang Murshid dan terakhir dalam siri epik Laksamana Sunan, kami di RAMFC dengan ini memperkenalkan cenderehati RAMFC terkini selepas Tshirt Edisi I Love Sunan……
Lencana ‘I Love Sunan’ datang dalam pakej pesanan yang menarik termasuk caj pengeposan untuk seluruh Malaysia. Berikut adalah maklumat pakej:
A. Pakej Luna (RM 7.00)
Pakej ini mengandungi dua buah lencana ‘I Love Sunan’ dari dua rekaan berbeza.
Pakej ini termasuk caj pos biasa dimana kami tidak akan memberi jaminan bahawa pesanan akan sampai di pintu rumah anda. Akan tetapi jika anda menambah RM3.00 ke dalam pesanan ini untuk caj pos daftar, kami akan memastikan pesanan sampai ke alamat anda. Harga Pakej ini adalah sah untuk seluruh Malaysia.
Anda boleh membuat pesanan dengan mengikuti langkah-langkah membuat pesanan di bawah.
B. Pakej Yadee (RM26.00)
Rekaan asal oleh BUDAKHUTAN.
Anda juga boleh mendapatkan Topi RAMFC sempena 5 tahun penubuhan RAMFC dalam pakej Yadee. Topi berwarna oren dan berlogo RAMFC membuat si jejaka kelihatan segak seperti Sunan dan si gadis kelihatan tangkas seperti Yuna.
Pakej ini mengandungi sebuah topi RAMFC dan topi ini akan dihantar mengunakan perkhidmatan Pos Laju. Harga pakej adalah termasuk caj pos untuk semenanjung Malaysia. Untuk Sabah & Sarawak anda perlu menambah RM4.00 untuk caj pengeposan.
C. Pakej Indera (RM32.00)
Anda juga boleh mendapatkan kedua-dua cenderahati terbabit dalam satu pakej diberi nama Pakej Indera. Pakej Indera mempunyai sebuah topi RAMFC dan juga dua buah lencana ‘I Love Sunan’ dari dua rekaan berbeza.
Harga pakej adalah termasuk caj pos untuk semenanjung Malaysia. Untuk Sabah & Sarawak anda perlu menambah RM4.00 untuk caj pengeposan
Sila buat pesanan dengan mengikut langkah-langkah pesanan seperti dibawah.
Senarai Harga
A. Pakej Yuna (RM7.00/pakej)
B. Pakej Yadee (RM26.00/pakej)
C. Pakej Indera (RM32.00/pakej)
Cara Pesanan
Semua pembelian mestilah mengikut langkah-langkah berikut:
- Memastikan terlebih dahulu jumlah harga dan kuantiti pakej yang dipesan untuk membuat pembayaran dengan merujuk senarai harga di atas.
- Membuat bayaran melalui pilihan pembayaran di atas akaun bank di bawah:
Maybank2u (162478042640)
NOORSYEILA BIBI BINTI MOHAMED DIN
Dalam pilihan bayaran secara deposit tunai melalui mesin ATM, kami mungkin memohon pihak tuan/puan memberi salinan slip pembayaran dengan cara tuan/puan perlu scan atau ambil gambar slip dan emailkan kepada kami, jika pembayaran dibuat tidak dapat dikesan. Kami menyediakan pembayaran ke dalam pilihan akaun di atas sahaja, sebarang permintaan untuk ke akaun lain tidak akan dilayan.
- Mengisi borang pesanan di bawah.
Selepas menekan butang 'submit form', tetingkap baru akan dibuka dan anda akan melihat sebuah laman dimana anda perlu meletakkan kod yang anda lihat dan kemudian menekan butang 'submit' dan kemudian dibawa satu laman dimana terdapat iklan dan dibahagian atas terdapat status 'sending form' selepas status selesai anda diminta untuk menekan link 'Contunie' dan anda akan melihat semula maklumat telah anda isikan dan dengan itu bermakna pesanan anda telah kami terima. Secara automatik laman akan kembali ke laman sesawang ini semula. Proses mengisi borang telah selesai..
Anda akan menerima pengesahan tempahan dalam tempoh (3) tiga hari waktu bekerja dan selepas itu tempahan di hantar dalam masa seminggu. Semua proses pesanan juga tertakluk kepada sebarang perubahan. Diharap langkah-langkah dan contoh-contoh untuk pembelian adalah jelas.
Ingat! Bayar dahulu & Kemudian Isi Borang Pesanan. Kami akan pos selepas bayaran disahkan terima.
Sebarang pertanyaan mengenai tempahan dari luar negara boleh di ajukan di tempahan.ramfc@gmail.com atau SMS kepada Cik Elle(0143314540). Pertanyaan lain tidak akan dilayan, hanya jika anda menghadapi masalah ketika mengikuti langkah-langkah di atas.
Tidak hanya membaca novel-novel Ramlee Awang Murshid, anda juga kini boleh bergaya dengan barangan berlogo RAMFC. Anda pasti teruja!
Dapatkan SEKARANG!
0 Ulasan
Sila tinggalkan komen anda di sini.