INFO RINGKAS – SESI TANDATANGAN DI TERMINAL ONE SHOPPING PLAZA, SEREMBAN
Seremban - Satu sesi tandatangan bagi peminat novelis thriller No. 1 Malaysia, Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) telah diadakan bertempat di Terminal One Shopping Plaza, Seremban, Negeri Sembilan pada 10 Mac 2012 baru-baru ini. Pameran Buku yang bermula dari 09 hingga 18 Mac 2012 dianjurkan oleh Syarikat Popular Holding Ltd bersama-sama pihak Kumpulan Media Karangkraf.
Seawal jam 12.30 tengahari peminat novelis thriller ini, telah mula memenuhi ruang legar Terminal One Shopping Plaza , walaupun sesi tersebut dijangka bermula pada jam 02.00 petang.
Kehadiran Tuan RAM pada jam 02.30 petang disambut dengan senyuman oleh para peminat yang sedia menunggu di barisan panjang. Kelihatan masing-masing memegang sekurang-kurangnya sebuah novel daripada 23 buah novel yang telah diterbitkan sepanjang penglibatan RAM dalam bidang penulisan.
Selama dua (2) jam sesi tandatangan tersebut diadakan, Tuan RAM berjaya menarik perhatian peminat yang hadir. RAM yang mesra dan ramah sentiasa melayani permintaan daripada peminat untuk bergambar bersama sebagai kenangan.



Lanjutan daripada pemilihan Tuan RAM bagi rancangan RTM –Disebalik Nama. Pada masa yang sama, krew RTM turut hadir untuk membuat sesi rakaman. Rakaman yang dijalankan dalam tempoh satu (1) jam, merakam situasi dan adegan sepanjang program ini berlangsung. Krew RAMFC turut di temubual bagi penambahan slot dalam rakaman yang dijangka akan ditayangkan pada Mei 2012 ini. Mereka yang terlibat antaranya saudari Noorhafiza Izura, Presiden Kelab RAMFC, saudari Junaidatul Al-Fatiah Elias, Setiausaha Kelab RAMFC dan saudara Fierdauz, AJK Kelab RAMFC. Tidak ketinggalan kehadiran Majlis Tertinggi dan AJK Kelab RAMFC yang turut bersama memeriahkan Sesi Tandatangan dan Sesi Ramah Mesra ini.
Sesi Tandatangan ini turut dihadiri dua (2) lagi novelis tanah air iaitu saudari Aisya Sofea yang mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakan. Turut hadir saudari Damya Hanna yang mula dikenali dengan karya pertamanya iaitu BICARA HATI.
Sesi Lepasan Kelara : Pabila Sunan berbicara, Zonan Kelu tidak berkata yang di aturkan pada jam 06.00 petang pada hari yang sama diteruskan dengan sesi menonton wayang filem John Carters from Mars bersama RAM yang turut sudi meluangkan masa. Filem ini dikatakan mempunyai sedikit persamaan dengan Novel Rayyan Fantasi hasil nukilan penulis kesayangan ramai ini.


*Pihak RAMFC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew RAMFC dan RAMIANS yang telah hadir dan meluangkan masa pada hari tersebut. Sehingga berjumpa lagi di lain masa. Sebarang aktiviti yang diaturkan di masa hadapan akan diwar-warkan untuk perhatian bersama.
1 Ulasan
RAM tak nk buat roadshow kat IPT ke???
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.