Pra Pelancaran Fiksyen 302 – 04/12/11

Satu sesi tandatangan telah diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam sempena keluarnya Fiksyen 302 di pasaran. Tarikh 4 Disember menjadi saksi betapa ramai peminat Ramlee Awang Murshid yang sanggup menunggu dari pukul 9 pagi lagi. Walhal sesi tandatangan hanya bermula pada pukul 2.oo petang.

IMG_6269 IMG_6270

IMG_6271 IMG_6272 

IMG_6275 IMG_6273

IMG_6278 IMG_6279

IMG_6330 IMG_6378 IMG_6390

Berikut peminat ramai yang menunggu semakin ramai, meja tuan Ramlee terpaksa diubah ke satu sudut lain untuk memudahkan urusan tandatangan. Orang ramai kelihatan kagum dengan barisan panjang dan tertanya-tanya siapakah gerangan yang ditunggu. Kemunculan Tuan Ramlee tidak juga meredakan barisan namun beliau tidak mengecewakan peminat-peminat beliau. Beliau setia melayan peminat beliau se hingga ke pukul 7.30 malam.

Harap maaf jika terdapat salah silap, harap semua gembira dapat memiliki Fiksyen 302 pada hari tersebut. Harap anda Jangan Percaya apabila membaca Fiksyen 302 nanti!

Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir di Fiesta Buku GBK yang lalu, satu Majlis Pelancaran Fiksyen 302 akan diadakan pada tarikh 17 Disember 2011 di MPH One Utama, Damansara, Kuala Lumpur dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang. Turut dilancarkan bersama novel aksi Detik Debar karya Eyman Hykal. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan majlis pelancaran dan mendapatkan tandatangan dari kedua-dua penulis. Jumpa anda minggu hadapan!

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin