17/12/11 - Pelancaran Novel Fiksyen 302 & Detik Debar di MPH, One Utama.
Anda semua dijemput hadir ke Pelancaran dua Novel Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Murshid dan Detik Debar oleh Eyman Hykal pada 17 Disember 2011 bersamaan dengan hari Sabtu dari jam 2.00 – 5.00 petang.
MPH One Utama terletak di:
MPH Bookstores
Lot No.:F319
Lokasi: Tingkat Satu
No Telefon:0377264003
Anda juga boleh mendapatkan kedua-dua novel dengan diskaun istimewa dimana anda dapat bertemu mesra dengan kedua-dua penulis selain mendapatkan tandatangan pada novel terbaru mereka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Apakah gimik bakal dilakukan oleh RAMians & Geng GBK kali ini? Jumpa anda Sabtu ini.
Info ke MPH One Utama
- Untuk berkenderaan sendiri berikut adalah Peta ke MPH, One Utama.
Untuk maklumat meletakkan kenderaan sila lihat link berikut –> http://www.1utama.com.my/LinkClick.aspx?fileticket=4-qh7p4aqcI%3d&tabid=60
Dinasihatkan untuk memudahkan anda, sila parkir kereta di bahagian Parkson dan Cold Storage.
2. Untuk yang ingin menaiki kenderaan awam, anda boleh menaiki lrt ke Hentian Kelana Jaya. Kemudian menaiki bas yang disediakan untuk ke One Utama. Berikut adalah maklumat mengenai perkhidmatan Bas OneCard Express.
Berikut adalah maklumat bas-bas lain yang melalui dan berhenti di One Utama:
Rapid KL Bus
RAPID KL NO. U89
Kota Damansara --> LRT Kelana Jaya
RAPID KL NO. U86
Metro Prima Kepong
RAPID KL NO. T43
Kelana LRT --> Putrajaya Sentral
RAPID KL NO. U82
Uptown / Damansara Utama --> Pusat Bandar Damansara --> KL Sentral
3. Untuk mereka yang datang dari luar Lembah Kelang, sila lihat maklumat berikut untuk memudahkan anda –> http://www.1utama.com.my/TransportationHub.aspx
Semoga dapat hadir dan memeriahkan majlis pelancaran dan berpeluang bertemu dengan penulis kegemaran anda.
1 Ulasan
Maaf saya ingin bertanya...
BalasPadammacam mana saya boleh dapatkan novel ramlee awang mursyid yang lama2?
saya ingin dapatkan novel igauan maut dan anugerah pertama...
blh tak saya dapatkan disini?
Sila tinggalkan komen anda di sini.