Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Assalamualaikum & salam keberkatan kepada semua ahli kelab peminat karya novelis Ramlee Awang Murshid dan juga warga dunia. Salam Syawal 1432H yang kian menjelang. Apa khabar saudara-saudaraku? Pastinya kalian menghitung hari untuk meraikan Syawal setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Sayu hati untuk meninggalkan bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan dan limpahan pahala dari yang Esa...

Semoga segala persiapan, kuih muih, baju raya dan kelengkapan untuk di Aidilfitri ini telah tersedia dan bersederhana hendaknya. Zakat jangan pula lupa untuk dilunaskan. Yang paling penting di musim perayaan ini adalah keselamatan dan kesihatan kita. Jika anda memandu jauh untuk perjalanan balik kampung, pastikan kenderaan dalam keadaan terbaik, dan anda juga cukup segar untuk memandu. Ingatlah orang yang tersayang...


Ceritera epik thriller, Bagaikan Puteri telah sampai ke novel ke lima; Sutera Bidadari... Pasti ramai yang telah menyudahkan bacaan. Tidak kurang juga ada yang masih mahu cerita ini dilanjutkan. Saifullah telah memberikan nafas baru kepada kisah yang panjang ini... Adakah akan ada kesinambungan yang akan lebih mendebarkan? Kita nantikan perkhabaran itu nanti dari novelis Ramlee Awang Murshid.

Tetapi sebelum itu... ayuh sediakan mental anda untuk dicabar FIKSYEN 302 !

Nota:

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin.

Sayang kamu ~_^

:budakhutan

Share:

9 Ulasan

  1. cantiknya 'kad raya' tu... selamat ari raya ...n selamat menyambut merdeka...

    BalasPadam
  2. bila fiksyen 302 nak keluar?.. tak sabar menunggu...

    BalasPadam
  3. selamat hari raya untuk abg RAM dan semua peminat RAM.yang balik kampung tu berhati2 dalam perjalanan.semoga selamat tiba ke destinasi masing2 :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...cantik kad raya...
    dan lebih cantik sekiranya novel Sutera Bidadari disambung...terima kasih... ^_^

    BalasPadam
  5. sutera bidadari nie ade smbungan ker???? jln critenye... seolah-olah msh t'gantung....

    BalasPadam
  6. seriously x sabar nak tggu sambungan sutera bidadari... nak tau apa da jd pd ratna!!!

    BalasPadam
  7. kenapa x keluarkan novel dlm versi ebook???

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin