Ahli RAMFC Minggu Ini – Suraya Ahmad
Saya tertarik untuk memperkenalkan diri selepas membaca entri terbaru dari KELABRAM.Saya juga adalah peminat novel-novel karya Ramlee Awang Murshid.
Nama saya Suraya Ahmad, saya berumur 26 tahun dan telah berkahwin dengan Mohd Noor Ismail. Pada mulanya,membaca novel bukanlah kegemaran saya kerana saya beranggapan novel hanyalah bercerita tentang cinta, hati dan perasaan yang langsung tidak menarik minat saya untuk terus menghayati novel. Namun pandangan saya berubah setelah saya membaca novel bertajuk Tombiruo. Novel ini saya pinjam dari seorang kawan, itu pun kerana saya bosan dan saya kira pada masa itu, saya 'terpaksa' membaca novel untuk mengisi kelapangan. Ternyata, Tombiruo telah mengubah pandangan serong saya terhadap karya novel selama ini. Selepas Tombiruo, saya terus meminjam Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Memang menarik!!..Saya kagum dengan gaya penulisan RAM yang selalu membuat saya tidak sabar untuk menghabiskan bacaan saya. Saya mengenal Trilogi Tombiruo semasa saya masih lagi sebagai seorang pelajar.
Minat saya terhadap novel karya RAM terpaksa saya pendam sehingga saya menamatkan pengajian dan berazam apabila saya telah bekerja kelak, saya akan membeli novel-novel tulisan RAM. Alhamdulillah, saya tidak menunggu lama untuk bekerja dan mulai gaji pertama, saya telah memperuntukkan sebulan-1 novel RAM. Novel RAM yang pertama menjadi milik saya adalah Bagaikan Puteri dan seterusnya saya terus mengumpul novel-novel RAM yang selama ini saya 'tinggalkan'. Dalam banyak-banyak watak dalam novel RAM, tidak keterlaluan saya maklumkan di sini, saya sangat sukakan watak Laksamana Sunan. Saya sangat suka Novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi. Watak Laksamana Sunan digarap dan dikembangkan dengan begitu baik sekali. Saya juga selalu berangan, "kalaulah Bagaikan Puteri ini difilemkan,mestilah saya antara yang pertama memenuhkan panggung". Sampai saya berkira-kira sendiri untuk memilih siapa pengarah yang sesuai untuk mengarahkan filem Bagaikan Puteri.hehehe..Lucukan?…baru-baru ini, Filem Merong Mahawangsa ditayangkan, saya agak terkilan,kerana sebenarnya, saya berharap Bagaikan Puteri juga difilemkan. Diharap angan-angan saya akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Suami saya juga tidak menghalang minat saya untuk terus mengumpul novel karya RAM. Pernah suatu ketika, dia berada di Sabah atas urusan kerja, saya di Pulau Pinang, dia menghubungi saya untuk memaklumkan kepada saya tentang pelancaran novel Rayyan Fantasi di Alamanda. Saya telah sedia maklum tentang hal tersebut tetapi,demi menjaga hati, saya pura-pura terkejut. Kini,saya tidak sabar menantikan "Sutera Bidadari" di pasaran pada bulan April ini. InsyaAllah, saya juga akan memiliki novel tersebut bagi menambah koleksi novel karya RAM di rak buku saya.
Akhir sekali, saya benar-benar berharap yang RAM akan terus berkarya dan jutaan terima kasih kerana telah menghasilkan novel yang benar-benar bermutu dan seterusnya mengubah persepsi saya terhadap novel. Benarlah kata pepatah, "Tak Kenal Maka tak Cinta"...Syabas!!!...
*Untuk menyertai ruangan ini sila hantark an profil, nukilan atau lukisan ke admin.ramfc@gmail.com untuk dipaparkan dalam ruangan ini dan kami akan pautkan ke laman sosial peribadi.
6 Ulasan
kalu lah novel RAM di filemkan, memang awal2 lg sy dh book tiket.
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamSaya setuju dengan saudari Suraya. Novel2 karya RAM mmg sentiasa mengasyikkan. Pernah dulu, seorang teman selalu bertanya kenapa saya suka membaca novel, cinta..cinta..cinta katanya. Kemudian sy meminjamkan beliau novel Bagaikan Puteri. Barulah dia membuka mata..sangat hebat!
Hehe.. mmg bagus benar kalau trilogi Bagaikan Puteri ini difilemkan. mesti hebat dan menggemparkan panggung. Insya Allah suatu hari nanti pasti akan menjadi realiti..
Semoga abang RAM akan terus maju bersama karya2 yg lebih hebat dan menarik.
Tu la...masa mula2 tu,sy nk Shamsul Yusof jd pengarah utk filem Bagaikan Puteri.tp frust dgn filem arahan dia Khurafat,so,tgok MErong Mahawangsa,harap sgt KRU leh jd pengarah utk filem bagaikan puteri,tp bila agaknya ya??hehehe...
BalasPadambetul tu..sy sgt stuju..sy pon ade terfikir kalaula citer ni difilemkan mmg saya akan pergi tengok..suami po jatuh cinta ngan karya RAM masa baca bagaikan puteri..
BalasPadamPD:ya..mgkn jugak KRU blh jd pgrah, watak sunan tu boleh bagi kat ashraff muslim..
watak ratna tu erra fazira coz cover cinta sang ratu pic erra kan..haryani tu boleh bagi kat yatt ke..sapa2 je la..:)
anneylea nur sophiellya ,PrincessDiaries tu adalah sy Suraya Ahmad.sy guna nama tu utk blog saya kat www.lamanprincess.blogspot.com
BalasPadamjgn la rosakkan karya RAM dgn menjadikannya sebuah filem..pastinya jln crita xasli lg..banyak ditokok tambah atau dikurangkan berdasarkan bajet penerbit..watak laksamana sunan dalam novel ni dah cukup baik utk dijadikan contoh tauladan..yg penting, kita sgb pembaca n pengikut setia novel2 RAM bersama2 mengajak rakan2 atau ahli keluarga utk merasai pengalaman dn menambah ilmu melalui novel2 RAM
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.