RAYYAN FANTASI – 4 DISEMBER 2010

BERITA TERKINI – 2 Disember 2010

Nota kepada yang akan hadir,

Anda dinasihatkan datang awal, seawal jam 10.30 untuk mendapatkan tandantangan dari Ramlee Awang Murshid kerana pada pukul 12.30 acara pelancaran akan dimulakan dan sesi tandatangan akan ditangguh. Sila pastikan juga buku dibeli di MPH telah dibayar untuk mendapatkan tandantangan RAM, sila tunjuk kepada AJK RAMFC yang bertugas resit pembayaran. Harap sama-sama kita menyaksikan acara pelancaran, siapakah Rayyan tedapat pada Kulit Buku Rayyan Fantasi dan peminat bertuah dapat bertanya soalan kepada yang akan hadir nanti. Apa yang terfikir …..itu ada

Berita pada 23 November 2010

Dapatkan antara yang pertama di Malaysia yang mendapatkan novel thriller terbaru dari Ramlee Awang Murshid hanya di Alamanda, Putrajaya pada 4 Disember 2010! Dan Apa yang kita fikirkan sememangnya Ada!

poster rf 

Akan turut diadakan sekali Perasmian Novel ke-21 Ramlee Awang Murshid di tempat yang sama. Kepada yang ingin melihat Rayyan Fantasi beraksi, marilah sama-sama ke Putrajaya 4 Disember ini!

Maklumat terkini akan dipaparkan dari masa ke semasa.

Nota- Panduan ke Alamanda, Putrajaya.

A) Berkenderaan- Rujuk Peta di bawah

Peta ke Alamanda

B) Perkhidmatan Pengangkutan Awam

  • KLIA Transit

Dengan mengunakan perkhidmatan KLIA Transit yang boleh dinaiki dari stesyen-stesyen mereka di KL-Sentral , Bandar Tasik Selatan, Salak Tinggi dan KLIA dengan harga tambang kurang dari RM10.00 ke Putrajaya dan kemudian anda dapat boleh mengambil perkhidmatan bas perantaraan mereka terus ke Alamanda

  •  BAS – Rujuk jadual bas di bawah

pengangkutan awam

  • Teksi – Dapatkan perkhidmatan teksi berhampiran kediaman anda.

Semua maklumat dipetik dari laman web Alamanda.

Share:

1 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin