Rayyan Fantasi dari tinta Ramlee Awang Murshid
Untuk tatapan RAMians sekalian, nukilan khas dari Ramlee Awang Murshid untuk anda semua:
gambar hiasan dari http://pic.izyan.com
Alhamdulilah…setelah hampir tujuh bulan berlalu, dapat juga dengan izin ALLAH saya noktahkan cerita Rayyan Fantasi. Pada 4 Oktober 2010 – saya hantar manuskrip pada pihak ketua editor Alaf 21, Puan Saadiah. Tugasan Editor akan dilakukan oleh Mazuin – rakan saya semasa di UKM dahulu. Manakala illutrasi kulit buku oleh saudara Baiem. Segala perbincangan mengenai konsep telah pun diadakan pada hari yang sama. Insya-ALLAH...Rayyan Fantasi akan menjengah pasaran pada November ini.
Baiklah...terlebih dahulu mohon ampun zahir dan batin, maaf yang tersurat mahu pun yang tersirat untuk semua pembaca dan rakan-rakan.
Berbalik pada Rayyan Fantasi. Cerita kali ini agak berbeza berbanding karya sebelumnya, namun masih dalam cakupan lingkaran berkonsepkan thriller. Tagline – apa yang terfikir...itu ada! Terserah bagaimana minda seseorang itu untuk mencapai sesuatu berbentuk realiti mahu pun fantasi. Berhati-hatilah dengan fantasi kerana faktor ini sangat bijak memanipulasikan otak.
Secara ringkas...Rayyan Fantasi mengisahkan tentang seorang anak muda yang bernama Aiddin, berasal dari daerah pergunungan Kundasang, yang mana rahsia susur galurnya dengan sengaja dirahsiakan oleh ayahnya Ibrahim. Ketika melanjutkan pelajaran di UKM, dia telah bertemu dengan Feena dan jatuh cinta. Kemudian...mereka pun bertunang. Dalam usia seawal 20-an itu, Aiddin tidak menyedari sesuatu telah merubah kehidupannya. Dia kerap pengsan. Setelah mendapat rawatan, doktor mengesahkan Aiddin menghidap barah otak tahap empat dan diramal hanya mampu hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Pada bulan terakhir kehidupannya, Aiddin mengimpikan untuk mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi dia hilang semasa menuruni gunung itu. Kehilangannya sangat menggemparkan. Usaha mencari dan menyelamat dilakukan dengan giat namun Aiddin tidak juga ditemui. Hari demi hari, bulan bertukar tahun...dan lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula dari kawasan hutan pergunungan. Sejak itu...berlaku beberapa siri pembunuhan ngeri. Aiddin pula kerap mendengar bisikan perempuan. Okey...tunggulah kemunculan Rayyan Fantasi menjengah di pasaran pada bulan November ini. Salam. Sampai jumpa lagi dalam karya SUTERA BIDADARI.
Berharap nukilan ini adalah berita gembira untuk anda semua, sama-sama kita nantikan Rayyan Fantasi menjelma di pasaran tidak lama lagi.
Nota:
Artikel khusus untuk RAMFC. Sebarang petikan dari artikel ini dalam mana-mana medium samada di blog, facebook, forum mestilah meletakkan semula url rasmi RAMFC iaitu www.kelabram.com. Harap maklum.
24 Ulasan
wahhhh sukenya...
BalasPadamtak sabar....
sangat teruja!
BalasPadamO_o!!! Buku baruuu!!
BalasPadamwahh..xsabar tggu bulan 11
BalasPadamxsbarnyer nk beli bku tbaru...
BalasPadamoh!! oh!! x sabar!! x sabar!! XDD
BalasPadamTAK SABAR MAU BELI!!!!!!!!!.......CEPAT LA BLN 11 HUHUHUHU
BalasPadamlagi teruja sebab ada nama dalam tu..huhuhuhu....
BalasPadamidea2 hebat Ramlee Awang Murshid yang tak pernah luntur!!! tahniah...
BalasPadamcepat2 kaluar... mahu beli :)
BalasPadamtak sabarnya nk tunggu... weeeee!!
BalasPadamyesss rayyan fantasi dah nak release..x sbr nak beli...yiehaa :D
BalasPadamwaa.. x sabar nak baca
BalasPadamcepatla cepatla kuar
Salam,
BalasPadamterima kasih buat abgRAM untuk hasil kerja terbaru buat penyambung semangat penggemar cerita2 thriller dan syabas!
semoga pemergian abgRAM ke tanah suci peroleh keberkatan dan sejuta rahmat dari NYA, amin.
tahniah buat abg ram kerana berjaya siapkan rayyan fantasi.
BalasPadamwow..baru sinopsis tuu dah gempak.. tak sabar nak gi berebut novel RAM. hehehe. nama watak pun dah moden dah.jatuh cinta lagi la kali nie...
BalasPadamsy lagi x sbar nk tunggu sutera bidadari....waaa....
BalasPadamxsaba da nk tggu citer rayyan fantasi keluar...tp tajuk citer Sutera Bidadari tu pn cm mendebarkan gak...citer tu mngisahkan pe lak ye..huu~
BalasPadamtak sabar nak beli buku ni :))
BalasPadamwhaaaaa... cem best.. siapakah pembunuh tu? ni yg xsabaq nk beli buku nih. ending yg unpredictable.. huhu
BalasPadamnk taw yang cinta sufi 2 xda ke smbungn nye??? xpuas la bc cte 2...
BalasPadamCerita novel ni memang best..mencabar minda sape2 yg membacanya..sy dah bc dan sy rase mgkin ade sambungan rayyan fantasi lepas ni..=)..Tahniah RAM krn mghasilkan karya2 yg hebat..
BalasPadami'm reading Rayyan now.can't wait for new thriller story from RAM. i've read Mikhail, Adam, 9 nyawa,tombirou series bila nak terbit buku baru...my Ma and siblings are reading RAM novels too.my kids grown up, i'll let the books to them.so informative..educating...worth of buying them...lesser than RM 20.00.affordable price.
BalasPadamTahniah Abg Ramlee... Satu-satunya novel yg sy baca adalah dr Abg Ramlee.. smalam br hbis baca Rayyan Gillion... Menarik sungguh... kalau dpt jd movie mesti gempak.. keep up the good work... Tak sabar tggu laksamana sunan lagi...
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.