Salam Aidilfitri
"Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar... La ila ha illallahu WAllahu Akbar... Allahu akbar walilla Ilham..." terputus -putus dan bergetar lafaz takbir dek sebak yang mencengkam. Ejim atau pun kini dikenali sebagai Amaruddin Abdullah berteleku di tepi kuburan arwah Amiruddin. Siti Nurhaliz mengusap perlahan bahu Ejim untuk menenangkan suaminya itu. Suriani memeluk seolah mengerti kesedihan yang dialami ayahnya.
"Ayah.. Suriani sayang ayah... jangan menangis ya" pujuk anak kecil itu lalu mencium pipi Ejim.
Baizura, Hidayah dan Amirul tersentuh dengan tingkah Suriani. Masing-masing tersenyum. Baizura tidak dapat menahan pilu dihatinya, air matanya mengalir perlahan. Hidayah menyeka air mata ibunya lalu menggenggam erat tangan bondanya yang tercinta itu. Amirul memejamkan mata, berbisik perlahan kepada dirinya sendiri ... "Ayah... Mak... Amirul doakan semoga ayah dan mak ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat rahmat dan kemuliaan di sisi Allah". Tangannya dikepalkan, mahu sahaja dia turut menumpahkan air mata... tapi ditahan kerana pemergian kedua insan yang tersayang itu tidak seharusnya diiringi dengan linangan air mata dan esak tangisan tapi doa dari seorang anak yang soleh.
Ondu yang turut berada di situ mula gundah gulana. Perasaannya juga sebak, teringat kenangan bersama arwah Amiruddin... Dia mengalihkan pandangan melihat persekitaran kawasan perkuburan untuk meredakan perasaan. Hilman menepuk-nepuk bahu Ondu...
"Sabar tompinai...".....
~-------~ tamat - babak Aidilfitri
Assalamualaikum dan salam lebaran kepada semua 'RAMians' dan pembaca blog kelabRAM.
Alhamdulillah kita kini berada di penghujung Ramadhan, sedih rasanya untuk meninggalkan bulan yang penuh dengan rahmat dan nikmat ini... kelak, Syawal akan menjelma dan kita umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri... hari kemenangan.
Mohon kemaafan zahir dan batin, sekiranya ada tersilap bicara, ayat atau tingkah yang mengguris hati....
Selamat ber Hari Raya bersama keluarga dan insan tersayang...
berhati - hati ketika memandu... SALAM AIDILFITRI
p/s:
1. Cuba untuk menulis sedikit babak Tombiruo untuk Aidilfitri... ~_^
2. harap maaf kerana lakaran-lakaran untuk grafik Tombiruo bagi ucapan aidilfitri tidak dapat disempurnakan dengan baik... Insya Allah akan dimuat naik sesudah Aidilfitri nanti.
Grafik yang digunakan untuk ucapan kali ini diambil daripada Prince of Persia dan bukan lakaran saya.
Tags:
Coretan BudakhutaN
Tombiruo
3 Ulasan
salam aidilfitri buat semua RAMians.. apa2 pun, grafik aidilfitri - inspiring from Tombiruo tu sgt cantik walaupun katanya kurang lengkap.. lepas raya hope dpt tgk yang complete yaa..
BalasPadamthanks & wassalam..
selamat hari raya buat semua fan RAMFC
BalasPadammaaf zahir dan batin
P/S : Download Lagenda Budak Setan The Series : Episode 5
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
BalasPadam----==--SalamAidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.
Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.
Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka.
Pagi raya semua gembira,
Berjalan bersama rakan dan taulan,
Ketika enak menjamu selera,
Orang yang tiada jangan dilupakan.
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...
Sila tinggalkan komen anda di sini.