Ulasan Cinta Sufi oleh Syamil Samad

Setelah lebih sebulan di pasaran dan berada dalam carta terlaris di kedai-kedai buku utama Malaysia, RAMFC kini mempersembahkan ulasan karya paling dinantikan oleh semua RAMians sekalian – Cinta Sufi. Demi menghormati sokongan semua, kami memetik ulasan ini dari seorang peminat karya RAM iaitu saudara Syamil Samad dari blognya di http://kauilhamku881204.blogspot.com.

Assalammualaikum

Sudah lama rasanya tidak menulis sebarang ulasan buku di dalam blog ter’chenta’ ini. Lantaran sedar diri ini bukanlah pandai sangat pun menulis dan tiada ramai orang pun yang ingin membaca penulisan ini .

Tapi walaubagaimanapun, saya tetap ingin berkongsi juga serba sedikit berkenaan novel yang telah saya habisi baru-baru ini. Mungkin anda yang membaca kiriman ini tidak pun merasakan ia adalah sebuah ulasan buku. Tapi lebih kepada pandangan dan pendapat saya berkenaan buku ini (apa yang aku ngomel berbelit-belit ni)

Baiklah, berbalik kepada cerita. Saya memang gemar mengikuti novel sekuel yang berjaya menarik minat saya sedari novel yang pertama. Seperti novel Harry Potter, apabila Harry Potter and the Sorcerer’s Stone berjaya membuatkan saya tidak tidur hingga subuh untuk menghabiskannya, maka secara automatis saya akan berusaha untuk membaca novel sambungannya iaitu Harry Potter and the Chamber of Secret.

Arakian, perakara yang sama terjadi untuk Novel Cinta Sufi. Kepada mereka yang tidak biasa dengan buah tangan Ramlee Awang Murshid. Biarlah saya terangkan serba sedikit di sini :

  • Novel Cinta Sufi adalah novel keempat untuk sekual Bagaikan Puteri
  • Novel yang pertama untuk sekuel ini adalah Bagaikan Puteri diikuti dengan Cinta Sang Ratu dan seterusnya Hijab Sang Pencipta
  • Kesemuanya dijual dengan harga berpatutan
  • Mudah didapati di Popular, tidak di MPH
  • Ceritanya bersifat adventur, islamik, penuh dengan magis, perlukan imaginasi yang tinggi dan keimanan yang teguh kepada rukun Iman yang ke 6

Saya kira novel yang keempat ini lebih realistik daripada novel-novel yang terdahulu. Mengisahkan Laksamana Sunan@Saifudin yang telah kembali semula ke zaman asalnya selepas mengembara merentas masa ke abad 21. Berikutan daripada pengembaraan mustahil yang diizinkan Allah Taala itu, maka Saifudin telah menerima kesan sampingan yang amat menderitakan kudratnya. Sebahagian kudratnya sebagai seorang pahlawan yang ampuh melawan kejahatan telah hilang dan menjadikan beliau lemah untuk menghadapi pelbagai perkara.

Penceritaan ini diteruskan pula dengan pelayaran bersejarah seorang balu bangawan portugal iaitu Yang Mulia Catalina ke Melaka untuk mencari seorang wanita bernama Maryam yang kerap menghiasi mimpinya. Mimpi bertemu Maryam itu berlaku sejurus selepas Catalina pengsan apabila diberitakan kematian suami tercinta, Aryas de Lopo di medan peperangan.

Oleh kerana terlalu kecewa, Catalina mengambil keputusan melakukan perjalanan panjang menuju Nusantara untuk menjejak Maryam yang menjanjikan sebuah kehidupan yang lebih baik dan bersih dari belenggu kekafiran. Penceritaan diteruskan dengan Catalina berjumpa dengan Saifudin dan membawa pula kepada perjalanan ke Hulu Melaka untuk berjumpa Maryam. Dibantu oleh Saifudin.

Pelbagai cabaran, rintangan, onak, dan kejahatan terpaksa dirempuh oleh mereka sepanjang perjalanan ke Hulu Melaka. Antaranya kejahatan Iblis Laknatullah yang terdiri daripada roh manusia yang derhaka pada Sultan, sihir Puteri Kober Gandring dan juga yang paling sukar adalah kedurjanaan Thaghut. Semuanya dirempuh oleh Saifuddin dengan sifat berserah diri pada Allah dan cintakan Syahid.

Banyak juga babak menarik yang amat saya gemari di dalam novel ini, antaranya :

  • Kemunculan Bangsa Polip (makhluk berupa manusia tetapi mampu terbang selaju angin)~membantu menyembuhkan penderitaan Saifudin.
  • Kehadiran Puteri Gunung Ledang membantu Saifudin memberikan arah (turut membantu mencari Keris Nanggroe kepunyaan Saifudin)
  • Kemunculan semula Laksmana Hang Tuah dan dua ekor naga peliharaannya (pemberian Maharaja China)

Saya ada juga mengatakan novel ini lebih realistik berbanding novel sebelumnya kerana kelemahan Saifudin sebagai seorang manusia biasa dipaparkan dengan baik. Sebelum ini, sifat dan kekuatan Saifudin digambarkan sebagai terlalu sempurna bak malaikat. Mungkin penulis menerima banyak komen dari pembaca berkenaan perkara tersebut.

Sesungguhnya, terlalu banyak pengajaran yang boleh didapati melalui novel ini. Banyak ayat-ayat suci Al-Quran berjaya dinukilkan dengan baik untuk meningkatkan pemahaman pembaca. Unsur dakwah yang diselitkan juga amat manis dan menggambarkan Islam bukanlah agama paksaan dan jauh sekali untuk bersifat teroris. Sifat Saifudin yang sentiasa bertimbang rasa dalam melakukan apa sahaja amat saya kagumi tanpa mengenepikan syariat Islam yang kekal dipegang utuh.

Saya pasti ramai yang telah terpikat dengan novel ini. Anda yang belum berkesempatan juga diharapkan dapat mendapatkannya kerana anda tidak akan sesekali rugi (sekali lagi saya rasa boleh bekerja di bahagian promosi Alaf 21). Setakat ini sahaja resensi saya (saya rasa ini langsung tidak boleh dikatakan sebagai resensi).

Sebagai manusia aku sayang padamu

~Laksamana Sunan~

Share:

15 Ulasan

  1. Novel ni mmg best spt novel2 sirinya sebelum ni... tapi, knapa novel ni tergantung lagi?? apakah ada sambungan lagi??

    apakah mariam berkahwin dgn sunan n d kurniakn zuriat sehingga berkembang ke zaman sekarang utk membuka muzium melayu d barat?

    bukankah keris sakti sunan itu hilang dan team arkeologi Dani pernah berusaha utk mencarinya ke serata tempat?tp knp pulak semudah itu pulak keris itu berada d muzium? jika bnar, kenapa Dani tidak pernah mnjejakkn kaki ke muzium itu utk mndapatkn keris sakti yg pada buku2 seblum ini mgatakn bhwa keris itu hilang...

    kemudian, knapa xd langsung watak abad-21; haryani dll? bukankah haryani jg adlah watak utama dlm siri ini?

    seolah2 watak haryani buntu dn xd kisah utk kluar d siri ini. dgn ketiadaan watak abad 21 ini, novel ini agak kurang menarik spt 3 novel sebelumnya.. mujurlah scene2 yg hebat dn bertenaga yg cuba RAM ketengahkan dlm novel ke4 ini berjaya membuatkn ianya hebat seperti novel2 smblmnya..

    tapi, bgi saya, novel ini tidak spt yg saya jangkakn kerana saya mahukan watak haryani n pkembangnannya d selitkn dalam siri ni juga...

    trima kasih kerana membaca komen saya ini..

    BalasPadam
  2. kenapa tak mudah didapati di mph???

    BalasPadam
  3. maaf, saya hanya mahu menyatakan pendapat:

    *bagi saya, x salah jika sunan dilihat sebagai manusia yang mampu melawan segala kejahatan kerana beliau mempunyai ilmu agama dan ilmu persilatan yang tinggi.dan digambarkan,setiap kali menerima pujian beliau tidak sekali-kali berasa riak malah segera beristighfar bagi mengelakkan timbulnya perasaan itu.ini sebab dalam cinta sufi, yang menunjukkan kelemahan sunan sebagai seorang manusia telah menjadikan cerita kurang menarik -kurangnya babak aksi daripada sunan. mujur di puncak cerita ada babak pertarungan antara rakyat melaka dengan askar portugis yang tidak keterlaluan saya katakan menjadi penyelamat dalam novel ini.

    tetapi,sedih kerana pengakhirannya tetap menunjukkan seolah-olah sunan tidak terselamat dalam pertarungan akhir itu.dan tiada pengakhiran yang mutlak kerana penulis sekali lagi menyerahkan kepada pembaca untuk memikirkan penutup epik ini.

    BalasPadam
  4. saya amat gembira sekali sekiranya akan ada novel seterusnya lagi selepas cinta sufi ini. tapi diharap RAM tidak terlalu tergesa2 melanjutkan penulisan seperti cinta sufi yang hanya diselesaikan dan dipasarkan beberapa bulan sahaja selepas 9nyawa. bukannya tidak suka, tapi seperti terlalu tergesa2 pada pendapat saya. saya memang amat yakin akan ada sekuel yang seterusnya memandangkan RAM ada memberi 'hint' di penghujung kisah Cinta Sufi ini. catatan mariam menunjukkan mereka akan menjejak taghut sehingga ke kampung halamannya di Romania. dan sudah tentu Sunan selamat dari kecederaannya dalam Cinta Sufi kerana siapa lah lagi yang kita harapkan untuk menentang taghut itu kecuali dia? dan sebagai ramalan saya, mungkin watak Dani akan kembali kerana sebelum ini dia juga mencari keris Nanggroe. Apa pun, segala sokongan untuk RAM dan karya2 beliau. ;)

    BalasPadam
  5. salam..
    saya suke sgt2 dengan kehadiran cinta sufi yang melengkapkan lagi trilogi sebelum ini..
    tapi ade sedikit kemusykilan..
    mengenai keris kepunyaan sunan yang diwarisi dari wali sufi..
    bukankah dani sudah jumpe dengan keris itu dalam novel hijab sang pencinta?
    tapi saya yakin RAM ade jawapan untuk kemusykilan saya ini...
    teruskan mencipta novel yang menghiburkan+meinsafkan kami...
    syabas buat anda..

    BalasPadam
  6. salam.. sebenarnya, saya belum sentuh lagi novel Cinta Sufi ni. apa lagi membaca, hanya mampu membaca ulasan @ komen orang kat internet ja..
    sangat tidak sabar nak membaca, yalah di disini ni tiada jual novel2 melayu.
    ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada encik RAM yang berjaya melahirkan satu lagi novel yang hebat. harapan dan jangkaan saya, apabila membaca Cinta Sufi nanti saya tidak akan kecewa. dan tahniah juga kepada penulis ulasan di atas. sangat menarik 0<..

    BalasPadam
  7. npe novel ne tergantung...harap harya ni boleh dimasukkan sekali dalam novel yg akan datang...cinta sufi ne blm abis lg..

    BalasPadam
  8. gembira sgt2 bila sudah mengabiskan pembacaan novel CINTA SUFI...cuma,sedihlah sbb xde watak utama HARYANI dalam novel itu...saya suka watak haryani....harap Novel seterusnya untuk sambungan novel bagaikan puteri akan mkin menarik dan hebat..saya sedia menunggu....tahniah RAM....

    BalasPadam
  9. saya sangat suka dgn sume novel2 RAM. Utk baca Cinta Sufi, sy mengambil masa yg sangat lama tidak seperti novel2 sebelum ini terutama trilogi bagaikan puteri.. kenapa? sebabnya saya tau untuk menunggu satu lagi sekuel cinta sufi (jika ada lagi) ini pastinya mengambil masa yg lama, pastinya ku akan merindui laksamana Sunan!! jd saya sengaja melambat2kan pembacaannya untuk menghayati setiap detik yg berlaku dlm novel itu.. ~~..sekali lagi terbuai di zaman kegemilangan Melayu Melaka..huhu~~

    BalasPadam
  10. knape xde owang yg nak buat filem adaptasi daripada siri novel ney???
    klu owg puteh leh bwat siri HARRY POTTER, knape kite x bleh bikin siri EPIK LAKSMANA SUNAN????

    BalasPadam
  11. sebab bnyk guna ongkos la..klu drama Arjuna d TV3 tu brjaya mnarik ramai penonton bru la bleh wat movie epik...

    BalasPadam
  12. saudara sekalian..cuba ulang dr buku pertama hingga cinta sufi kalu anda rasa ada yg tergantung..xfhm apa2 sbb apa yg sy thu RAM ni dia nk buat pembaca berfikir..bila tergantung ada la sambungannya..

    BalasPadam
  13. berkenaan dengan watak Laksmana Sunan yang dikatakan terlalu ampuh di dalam 3 novel sebelumya adalah silap kerana pada novel yang kedua sewaktu berperang dengan Ratu Sulaman, beliau hampir terbunuh sewaktu terkena panahan sihir ratu sulaman, dan kalo bukan kerana sadik banyak membantu tidak mungkin Laksmana Sunan dapat bertahan.Penulis terpaksa memberi gambaran yang Laksmana Sunan semakin lemah memandangkan Sejarah Portugis adalah sesuatu yang benar dan tercatat dalam sejarah

    BalasPadam
  14. tak bolehhhhhh....sy xsetuju kisah SUNAN difilemkan..konfem xbez!biarlah perjuangan SUNAN hidup scra imaginasi je.tgkla nsib crite2 novel yg lain bila difilemkan..huhuk.

    BalasPadam
  15. tak bolehhhhhh....sy xsetuju kisah SUNAN difilemkan..konfem xbez!biarlah perjuangan SUNAN hidup scra imaginasi je.tgkla nsib crite2 novel yg lain bila difilemkan..huhuk.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin