Garis Panduan BACA@LRT untuk RAMians
Untuk RAMians semua kami sediakan panduan untuk aktiviti BACA@LRT untuk RAMians semua.
- Mohon anda semua yang akan menyertai kempen ini mendaftarkan diri di halaman ini
http://bit.ly/lrtfebruari
- Anda RAMians digalakkan membaca buku Karya Ramlee Awang Murshid sebagai tanda kenalan anda adalah bersama Tim RAMFC atau membaca karya sastera sempena tema baca@lrt kali ini.
- RAMians juga digalakkan memakai tshirt RAMFC, kepada tiada Tshirt RAMFC, anda dimata memakai pakaian berwarna hitam.
- RAMians diminta berkumpul di stesyen KL Sentral seawal jam 9.30 pagi. Dimana kita menaiki tren yang dinaiki oleh kumpulan utama dari stesyen Gombak dan menuju ke stesyen LRT Taman Jaya.
- Beli tiket ke stesyen LRT Taman Jaya.
- Tempat berkumpul adalah di platform yang menunggu tren menuju ke arah Kelana Jaya.
- Anda akan temui AJK RAMFC yang memakai tshirt RAMFC di platform tersebut. Kita boleh berkenal-kenalan dahulu sambil menunggu tren yang dijangka tiba pada 10.45pagi.
- Sila lihat dan ikut AJK RAMFC yang ada untuk melihat tren yang mana perlu anda naiki.
- Masuk tren dan ambil posisi masing-masing & baca buku anda sehingga ke stesyen LRT Taman Jaya.
- Di stesyen LRT Taman Jaya, sebuah majlis meraikan program BACA@LRT akan diadakan di Kedai Buku Book Access di Amcorp Mall & mungkin juga anda dapat menemui penulis kesayangan anda di sana.
Jumpa anda di KL Sentral Sabtu ini!
Tags:
aktiviti kelab
BACA[AT]LRT
2 Ulasan
Assalamualaikum semua geng RAMFC. Selamat menyertai program ini. Gegarkan LRT dan kenalkan kelab ini kepada orang ramai.
BalasPadamKemaafan dipinta kerana kali ini saya tidak dapat sertai justeru ada dua sesi katering pada 20 Feb.
Selamat membaca di LRT esok untuk semua RAMians ~_^ ...
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.