9 Nyawa Laris Di Pasaran

Akhbar Berita Harian hari ini (5/2/2010), dalam ruangan Sastera memaparkan 5 buah buku cereka & bukan cereka yang laris di pasaran (MPH & Popular). Nampaknya, 9 Nyawa masih lagi bertahan sebagai novel yang laris di pasaran bagi kategori buku cereka sejak dilancarkan pada 24/11/2009 lalu. Terima kasih buat kalian semua, RAMIAN yang telah membeli dan membaca 9 Nyawa dari kulit ke kulit. Diharapkan novel 9 Nyawa ataupun Mikhail akan tersenarai dalam Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian 2010 nanti. Bersama-sama kita doakan.

p/s: Nampaknya, novel baru Abg RAM bakal menyusul tak lama lagi. Mungkin CINTA SUFI. Harapnya, sempat dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa 2010 nanti. Dipetik dari shoutbox di bawah:

ramlee awang murshid: singgah selalu...salammmm
5 Feb 10, 16:11
end: salam sdr RAM! projek buku terbaru dah mula ke?
5 Feb 10, 17:02
ramlee awang murshid: dah. lagi 103 muka surat nak habis...

Share:

9 Ulasan

  1. Kalau bukan pesta buku antarabangsa, mungkin Pesta Buku sabah kot...nantikan...

    BalasPadam
  2. kakk jaga kaunter kedai buku UKM pn ckp mase sy nk byr 9 Nyawa nih..
    "9 Nyawa lagi yg org beli.akk smpai dh hafal no kod die."

    BalasPadam
  3. sangat frust..hari tu carik kat popular mmg licin :(

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama6/2/10 8:09 PTG

    bila yer abg RAM nak dtg buat promosi novel2 kat Sibu, sarawak?
    ramai gak peminat abg RAM kat sarawak nih...
    harap2 satu hari nanti abg RAM dtg gak ke sibu..=)

    BalasPadam
  5. yeah..karya sdr RAM memang terbaik drpd ladang..

    BalasPadam
  6. bile crte br nk kuar..x sabau2 nie..hehehe

    BalasPadam
  7. 9 Nyawa.....ok la tapi daku masih lebih puas hati dgn hatiku di harajuku dan novel2 siri laksamana sunan..

    nak tergelak juga membaca watak hakim dibedah pada april 2010, sedangkan kari ini 12 februari daku baru shj selesai membaca 9 nyawa....maknanya hakim masih belum dibedah lagi....ho ho ho

    apapun daku tetap sokong RAM, belum ada lagi yg boleh celen saudara!!

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin