Kata-Kata Keramat Mana Yang Jadi Pilihan Anda?

Kelab RAMFC sedang dalam proses untuk mencetak T-Shirt kelab menggunakan salah satu petikan kata-kata keramat dari Novel-novel Ramlee Awang Mursid. Kata-kata keramat yang mendapat undian terbanyak akan digunakan untuk cetakkan atas T-shirt tersebut. Berikut adalah senarai kata-kata untuk anda pilih:


  • KOD 01 - " GUMINAVO ZAU DIAU" dari Novel Semangat Hutan
  • KOD 02 - "PADAMNYA HASRAT YANG BERNYALA BILA DIRI TENGGELAM PUNCA" dari Novel Tombirou Terakhir
  • KOD 03 - "AKU DARAH ANAK MALAYSIA" dari Novel Adam
  • KOD 04 - "TANPAMU AKU TAK MAMPU BERNAFAS SENDIRI" dari Novel Rahsia Perindu
  • KOD 05 - " BILA SI PEMBURU MENJADI MANGSA SIAPA YANG MEMBAHAM SIAPA?" dari Novel Mikhail
  • KOD 06 - " BIAR BETAPA JAUH HATIKU SENTIASA DI SISIMU" dari Novel Hatiku di Harajuku
  • KOD 07 - " CASE CLOSED" dari Novel Mandatori
  • KOD 08 - " SEORANG LELAKI, SEORANG PEREMPUAN, SEEKOR MAKHLUK" dari Novel Ranggau
  • KOD 09 - " IA MAKAN UNTUK HIDUP TETAPI IA TAK PERNAH MINUM" dari Novel Ungu Karmila
  • KOD 10 - " TATKALA CINTA BERBISIK SUARANYA MEMUJI TUHAN, PABILA RINDU TERUSIK RASULNYA MENJADI PILIHAN" dari Novel Cinta Sang Ratu
  • KOD 11 - " AWAN..KALAU DAPAT KU CAPAI MAKA SAKTILAH HAMBA" dari Novel Bagaikan Puteri
  • KOD 12 - " DENDAM ITU BARA...MARAH ITU API!! " dari Novel Hijab Sang Pencinta
  • KOD 13 - " KERANA CINTA AKU INGIN HIDUP" dari Novel Satu Janji
  • KOD 14 - " SEBAGAI MANUSIA AKU SAYANG PADAMU" dari Novel Bagaikan Puteri

Sila buat pilihan anda. Jangan lepaskan peluang untuk melihat salah satu kata-kata keramat ini tercetak diatas sehelai T-Shirt. Mungkin pilihan anda yang akan terpilih.. Ayuh!! undian hanya dibuka sehingga 15 November 2009. Jalankan tanggungjawab anda sebagai ahli.





Share:

24 Ulasan

  1. Adeh....banyaknya ayat best.Buat check box dululah kak elle.boleh short list.hehe

    BalasPadam
  2. wow, jom2 vote kod11 okey.. jiwang xjiwang, thriller xthriller.. biasa2 sudah..

    BalasPadam
  3. vite la kod 14.
    simple tp padat dgn pengertian

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum

    Perhatian! Perhatian!

    Ahli-ahli dibenarkan melobi terhadap ayat-ayat keramat kegemaran masing-masing...

    Sila melobi diruangan komen ini.

    Segala idea-idea bernas untuk kebaikan Kelab RAMFC amatlah dialu-alukan dan akan dipertimbangkan...

    Bersama kita 'BERWAJAH BARU' di 2010..

    BalasPadam
  5. vote no 11.. vote no 11!!!(vote jgn x vote..)

    BalasPadam
  6. Disebabkan saya sukar untuk buat pilihan, saya undi kod 03, 06, 10, 11 dan 13. Huhu

    BalasPadam
  7. nk undi semua ley x? heheh
    sumer besh!

    BalasPadam
  8. mesti kod 11 menang...........

    BalasPadam
  9. nampaknya kod 11 mendahului.. sila fikir masak2, timbang bulat2 dan buat keputusan yang terbaik kerana tagline ini akan mewarnai tshirt ramfc nanti. apakah yang anda akan balas sekiranya orang umum membaca "sebagai manusia, aku sayang padamu" pada tshirt sendiri nanti? tepuk dada, tanya diri. provok2. haha.

    BalasPadam
  10. akim: apakah yang anda akan balas sekiranya orang umum membaca "sebagai manusia, aku sayang padamu" pada tshirt sendiri nanti? tepuk dada, tanya diri. provok2. haha.

    hahha..apa susah..jwb jeklah.."aku juga sayang pada mu ..gitu..boleh?

    BalasPadam
  11. iya kak sue, boleh gak bah.. jawab je lah, tp jgn smpi diri sendiri menjadi mangsa terjah plak kang.. huhu..

    BalasPadam
  12. rasanya kod 10 yg best mempunyai maksud yg sangat mendalam..tak gitu..

    BalasPadam
  13. kod no 12 pun menarik simple...aje

    BalasPadam
  14. kod 14, terus masuk dalam hati la...ish..ish

    BalasPadam
  15. sehelai t shirt berapa ringgit yer? orang luar boleh beli x?

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    BalasPadam
  16. tentu ramai yg berkata "aku juga sayang padamu" sekiranya baju kita tertera ayat "sebagai manusia, aku sayang padamu" mcm kata sue

    sebab itulah, aku lebih suka "CASE CLOSED" bagi melambangkan genre novel2 tulisan abg RAM iaitu thriller

    aku bkn melobi tapi itu pandangan aku yg tak kabur dan rabun dgn kata2 jiwang karatssss muahahahahaha

    ((jgn marah ya!))

    BalasPadam
  17. Assalamualikum

    To Putra Al-Maliki

    Berkenan harga tshirt akan diberitahu kelak. Insya Allah harganya tidak membebankan.

    Penjualaan tshirt terbuka kepada sesiapa sahaja, cara-cara pesanan akan kami serta saiz tshirt akan kami perjelaskan setelah kami memilih design terbaik untuk cetakan tshirt ini.

    Nanti berita baik daripada kami disini

    BalasPadam
  18. caiyok kod 11.. caiyok2..

    BalasPadam
  19. Wah... sib baiek sempat jenguk RAMFC malam ni selepas update domain kelabram.. kalau tak tak tau lah aku tentang ni... aku undi no 12 ! "DendaM itu bara ! Marah Itu Api" !... hahaha... emo tul... terima kasih pada semua !... provokasi basi langsi
    ...

    BalasPadam
  20. haha.. dak hutan.. support kod 11.. oyeh..

    BalasPadam
  21. saya vote kod 12...if possible ada gambar mata sunan yg mengancam tu :)

    BalasPadam
  22. vote for kod 11...my fav quote.. tapi xiera suka jg kod 14, 13, 10, 12, 03, 07, 01..he2..
    yea3..t-shirt baru..ada org nk blanja..(ditujukan kpd kak elle), ahaks..
    marilah mengundi~

    BalasPadam
  23. Salamx,
    Nak take part jgk la dlm poll ni. Tp aku letak sket ulasan. Sekadar pandangan peribadi, tidak mewakili mana-mana partisan politik atau Barack Obama sekali pun. Hehehee!

    Kod 01 ~ Tak berapa nak faham. Nnt timbul enigma lagipun kurang merakyat.

    Kod 02 ~ Bunyinya sedikit pesimis, jadi kurang sesuai utk tagline.

    Kod 03 ~ Whaaaa! Nmpk benar-benar spt menyokong gagasan Bendahara Malaya. Sangat merakyat dan sesuai sebagai tagline. Undi!

    Kod 04 ~ Huih! Jiwang bebeno. Tp boleh dipertimbangkan kerana dlm kelab ramai yg bunga. :P

    Kod 05 ~ Bahaya sket, kang kena target dgn SB dari PDRM lak. Hehehehe!

    kod 06 ~ Jiwang.

    kod 07 ~ Whoaaaa! Aku suka tagline nie. Bole imagine dah, bwh tag line tu ada watermark gmbr Glock bersilang dengan Tali Gantung. uhuhuhuhu! Scary... Undi!

    Kod 08 ~ Xmo la. Mcm takut salah anggap plak khalayak pada kelab nnt.

    Kod 09 ~ xsesuai jadi tagline.

    Kod 10 ~ Agak kurang sesuai kerana ada unsur islami di situ. Opps! Aku bukan menolak ISLAM atau aku berfahaman Wahabi, tp agak sensitif. Lgpn ahli kelab dtg dr pelbagai pegangan agama.
    Mata Hati Tidak Pernah Berdusta

    Kod 11 ~ Klise! Lgpn unsur romantis menjadikan kurang menyerlahkan ketumpatan kekuatan. Tidak elitis...boleh dipertimbangkan.

    Kod 12 ~ Terlalu berat dan absurd. Takut salah tanggapan plak.

    Kod 13 ~ Agak romantis. Tp aku suka. Undi!

    Kod 14 ~ mcm sealiran pendapat dengan Kak Linda. Cantik juga kalo dibikin jadi tag line. Undi!

    Geng, aku nak tambah lagi 2 bole?
    Kod 15 ~ Hidup Ini Adalah Anugerah Tuhan - Novel Anugerah Pertama.

    Kod 16 ~ Mata hati tidak pernah berdusta! - Novel 9 Nyawa.

    Yay!

    BalasPadam
  24. intan nk tmbah..
    ~mati itu pasti, hidup..insyaAllah..-hijab sang pencinta

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin