Rumah Terbuka Novelis Ramlee Awang Murshid Sempena Aidilfitri

Pada 3 Oktober 2009, Ahli Jawantankuasa RAMFC telah menerima undangan oleh Penulis Thriller iaitu Saudara Ramlee Awang Murshid ke kediamannya di Taman Kajang Impian, Bangi untuk Majlis Rumah Terbuka beliau sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
 
                                                    
Majlis ini memang tidak dibuka untuk semua kerana adalah majlis peribadi penulis tersohor ini. Namun, tetamu yang hadir terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan bukan semata-mata kenalan penulis ini sahaja. Ini termasuk seorang lelaki yang berpakaian lengkap seperti zaman melayu dahukala dengan membawa yang digelar keris Sunan. Beliau datang bersama penerbit filem dan drama yang khabarnya bakal menerbitkan novel-novel saudara Ramlee ke medium gambar pula.
 
 
Kami telah dijamu dengan pelbagai hidangan seperti nasi beryiani dan nasi tomato, rendang daging, ayam masak merah, mee dan bihun soto, lemang, nasi impit dan kuah lodeh. Dan mungkin lebih indah lagi bagi pihak Abg Web ( Naib Presiden RAMFC) kerana telah dipilih oleh Penulis Thriller ini sebagai orang yang bertanggungjawab menyediakan juadah pada hari itu.

AJK RAMFC yang hadir pada hari tu ialah Anim, Kak Eina, Sue Onn dari Johor, Illa dari Pahang serta presiden RAMFC sendiri Saudara Suhaimi Long yang hadir bersama isteri. Kami sempat berkenalan dengan staf alaf21 yang turut hadir serta sanak saudara penulis terkenal ini.

Tujuan majlis ini juga adalah untuk memperkenalkan kediaman baru Saudara Ramlee kepada sanak-saudara, rakan-rakan dan kenalan.

Kepada yang lain, jangan kecewa, kami di RAMFC sedang merancang tempat lebih sesuai untuk mengadakan perjumpaan bersama penulis kesayangan anda ini. Diharap nanti semua dapat meluangkan masa untuk bersama-sama merapatkan ukhwah dalam kelab nie sambil berjumpa dengan penulis kesayangan ramai ini.

Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Ramlee Awang Murshid kerana sudi mengundang ke majlis tersebut dan mendoakan agar beliau dan seluruh ahli keluarganya sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT. Diharap kerjasama antara kita akan berterus. Insyaallah.

*Gambar ihsan suhaimi long, sue onn & abg web

Share:

4 Ulasan

  1. Sebagai seorang pembaca novel thriller, saya begitu teruja dengan karya-karya Ramlee. Sebagai seorang katerer, saya juga teruja dengan kesudian Ramlee menjemput saya sebagai penyedia makanan pada hari tersebut. Penat tetapi seronok dan bersyukur. Alhamdulillah!

    BalasPadam
  2. alaaa.. x dapat giii... cedih.... T_T

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin