Anugerah Pertama-koleksi emas Ramlee Awang Murshid

Menyelusuri watak seorang psikik yang mendapat keistimewaan selepas menemui kemalangan jalanraya. Membaca Anugerah Pertama membuat kita terasa beginilah bermula gaya penulisan Ramlee Awang Murshid yang kita kenali sekarang. Mungkin ketika penerbitan novel ini masih ramai belum mengenali beliau, tapi sejak Tombiruo hingga Mikhail sudah ramai cuba mendapatkan naskah kedua Ramlee Awang Murshid ini untuk dijadikan koleksi peribadi. Saya sendiri tidak ketinggalan.

Seperti novelnya yang terkini, kita akan teruja juga untuk menjadi seperti watak-watak utamanya seperti watak Inspektor Amira. Tentu sekali bagi lelaki yang membaca mereka ingin sekali menjadi watak lelaki memiliki anugerah seperti hero cerita ini iaitu Anuar Jadi.

Tidak lari juga dari konflik percintaan, saya merasakan elemen percintaan dalam kesemua novel Ramlee Awang Murshid tidak meleleh tapi lebih kepada percintaan yang lebih matang. Ia lebih sebagai rencah untuk mewujudkan gelodak perasaan pembaca sendiri yang pada sama akan berada dalam keadaan saspen setiap detik untuk mengetahui rahsia di sebalik kupu-kupu hitam.

Dari anugerah pertama juga, dimana lambat laun kita akan menemui plot lebih kurang sama iaitu konflik identiti dalam novel Ramlee yang lain seperti Rahsia Perindu dan Mandatori. Cuma cara aplikasi semakin menarik dalam novel-novel terkini kerana dimana teori itu telah berevolusi dalam imaginasi penulis ini dari novel Anugerah Pertama ini.

Pengunaan puisi juga akan membuat kita mengimbas kembali puisi yang terdapat dalam Bagaikan Puteri di mana melihat di mana bermulanya idea Bagaikan Puteri bemula dari Anugerah Pertama. Watak puteri dalam alam hayalan dan akhirnya bertemu dalam alam nyata megingatkan mengenai watak Haryani dalam novel Bagaikan Puteri.

Walaupun terdapat elemen yang mempunyai kesamaan tapi tidak kita melihat ia pengulangan itu diguna bulat-bulat. Cuma yang ingin saya nyatakan bagaimana kita sudah terbiasa gaya penulisan Ramlee dan masak dengan idea-idea yang cuba ditanam dalam pemikiran kita. Jadi apabila membaca novel kedua beliau ini kita akan tersenyum sendiri memikirkan bagaimana bermula teori ini digunakan beliau dalam penulisan beliau yang lain. Kerana bagi saya membandingkan dengan karya-karya beliau yang lebih keterdepan, kita merasakan beliau telah membawa imaginasi kita pergi lebih jauh dengan idea-idea beliau ini.

Satu yang pasti, anugerah pertama juga tidak lengkap tanpa informasi berguna seperti fakta mengenai kupu-kupu yang ditinggalkan pembunuh di sisi mayat. Ini adalah kelainan ketara tidak dimiliki oleh penulis lain dimana Ramlee akan berkongsi fakta-fakta menarik dengan pembacanya. Novel ini masih berlatarbelkang negeri Sabah, novel berlatarkan negeri Sabah hanya sehingga novel Tombiruo Terakhir dimana tidak diketahui ramai kebanyakkan novel yang dikarang beliau ada bersangkut dengan realiti semasa hidupnya sendiri, di mana kini setakat Mikhail beliau telah lama menetap di Kuala Lumpur. Jadi novel beliau selepas Tomburio Terakhir bayak berlatar belakang Semenanjung Malaysia dari negeri Sabah.

Isu moral juga dibangkitkan dalam novel ini seperti isu pelacuran dan rasuah. Ia dapat juga menwujudkan kesedaran kepada pembaca novel ini. Watak antogis seperti Angela banyak memberi kita pengajaran dalam hidup supaya tidak tersilap langkah dalam pencaturan dunia ini dari menurut nafsu semata-mata. Watak pembunuh dalam cerita ini pula banyak memberi pengajaran bagaimana pendidikan dan kasih sayang sangat penting dalam pembesaran anak-anak supaya mereka dapat membesar dalam suasana yang baik dan sihat.

Kesimpulannya, apabila membaca novel Anugerah Pertama kita melihat bermula gaya penulisan Ramlee Awang Murshid yang kita kenali sekarang.  Menariknya novel ini telah berusia sepuluh tahun dari tahun pertama diterbitakan iaitu tahun 2000. Tidak rugi memiliki novel untuk rak buku anda dan menjadikan koleksi yang kini menjadi rebutan ramai peminat Ramlee Awang Murshid di luar sana.

Anugerah Pertama adalah terbitan Creative Enterprise dan hak cipta milik sepenuhnya Creative Enterprise. Tidak diterbitkan lagi tapi masih boleh dicari untuk dijadikan koleksi perbadi dan berharga RM19.90.

elle

Nota: Terima kasih kepada saudara Papa Ibad yang mendapatkan saya novel ini untuk dijadikan koleksi peribadi.

Share:

13 Ulasan

  1. cayalah kak elle, nanti boleh pinjam.. lalala.. 9 nyawa: MATA HATI TIDAK PERNAH BERDUSTA

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9/9/09 1:37 PTG

    ala...nak jugak..mesti kat pasaran dh xder lg novel ni..mne leh dpt eh??

    -sha-

    BalasPadam
  3. Dah baca Anugerah pertama.. memant best cerita ni....
    bg akim, tajuk novel 9 nyawa nanti? Mata Hati tidak pernah berdusta ? betul ker?

    BalasPadam
  4. aah la.. qalbi pun nak jugak.. maner leh dapt novel anugerah pertama tu?? belimi on9 leh ker??? tlg la btw caranya.. kalo bleh nak semua novel2 RAM hehe

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama9/9/09 3:54 PTG

    saya takde lg Anugerah Pertama.... dah merata cari tk dpt!!!!!!!!!!! mcmn ek nk cari novel ni??? tinggal ni je yg tk dapt lg... tolonglah!!!!

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum

    Wah byk nyer demand!!!!

    FYI Novel ni, Papa dpt 2 je... last kopek kira luck la..

    Nanti Papa ade masa, Papa jelajah semua book store area JB... klu jumpe Papa update.

    BalasPadam
  7. wah........fyena pun nk jgk....

    BalasPadam
  8. pernah baca anugerah pertama, kat library di KMPP, penang. dasyat gila dia punya condition, macam dah berumur berpuluh tahun. haha. Memang best. Sanggup lepak kat lib nak baca, nk pinjam takde kad. Muahahaha

    BalasPadam
  9. tak silap saya, anugerah pertama kali pertama diterbitkan sekitar 1990-an ketika kemuncak novel2 creative.

    atau saya tersilap dgn novel yg lain?

    BalasPadam
  10. Tuan Nazmi Yaakub,
    Betul lah tu. Seiring dengan penerbitan novel tuan yang bertajuk Lambaian Huda tu.

    :P

    BalasPadam
  11. Ada tak naskah anugerah pertama dlm pasaran lg?...kalau ada saya nak beli...

    BalasPadam
  12. ada lag x naskah Anugerah pertama?

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin