RAMFC De FuTSaL


8 Ogos 2009 bertempat di Samba De Futsal telah berlangsungnya aktiviti sukan bersama Kelab RAMFC. Pertemuan pada mulanya hanya direncanakan untuk Papa Ibad bertemu dengan rakan-rakan kelab di RAMFC yang menetap di Kuala Lumpur telah menyebabkan tercetusnya aktiviti ini. Idea awal ini telah dicetuskan oleh Cik GC. Namun disebabkan ada urusan kerja Cik Gc tidak dapat bersama-sama menyertai kami. Apapun terima kasih untuk Cik Gc kerana idea ini telah memberi kami ruang sekali lagi untuk "beramas mesra".





Mengikut dari nama ahli yang mendaftar ia akan dihadiri oleh ramai ahli, namun saat tiba hari yang dinantikan agak sedikit kecewa kerana yang hadir tidak seperti yang dijangkakan. Namun kami yang hadir tetap gembira dan merasa bangga kerana mampu membuat kelompok kecil itu seolah-olah ada seramai 50 orang yang hadir dengan gelak tawa dan keletah yang menghiburkan.

Pendaftaran untuk aktiviti dibuka seawal jam 2 petang. Sementara menanti kedatangan ahli, jamuan ringkas disediakan dengan pelbagai kuih muih. Rasanya bila orang lain lihat akan terfikir sama ada kumpulan ini datang untuk bermain futsal atau ada jamuan makan. Hidup harus ceria kan.




Seusai pendaftaran maka bermulalah aktiviti sebenar kami hari itu bermain futsal. Rata-rata yang datang tidak pernah langsung bermain dan istilah kaki bangku lebih tepat lagi. Tetapi kerana sikap yang terbuka makanya setiap orang cuba bermain untuk memeriahkan suasana. Aktiviti ini lebih merapatkan hubungan sesama ahli kerana setiap detik waktu yang berlalu dipenuhi dengan senda gurau yang seolah-olah tiada hentinya. Macam-macam ragam dapat dilihat.




Masa terlalu mencemburui kemesraan yang baru berputik itu, 2 jam jangka waktu terasa cepat berlalu. Namun di wajah setiap mereka yang datang terpancar kepuasan yang sukar dijelaskan dengan kata-kata. Hanya mereka yang hadir dapat merasai betapa saat itu terlalu mahal harganya.


Aktiviti ini tidak akan berjaya jika tiada komitmen dari ahlinya. Untuk mereka yang menghadirkan diri terima kasih diatas komitmen anda. Walaupun tanpa kehadiran penulis Ramlee Awang Murshid aktiviti tetap meriah kerana kita hadir atas dasar persahabatan yang tercipta di ruang chat kelab ini. Kepada Abg Long wakil dari Alaf21 FC juga kami ucapkan terima kasih kerana sudi datang memeriahkan suasana.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Alaf21 terutama kepada En Norden yang sentiasa menyokong aktiviti kelab ini dengan memberi sumbangan novel untuk dijadikan cenderahati kepada mereka yang hadir.

Terima kasih juga kepada Abg Web, Elle, Edanz, Osh, Fiza yang telah banyak memberi sumbangan dari segi wang ringgit dan tenaga. Juga kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan aktiviti ini. Jasa kalian amat kami hargai. Terima kasih daun keladi, lain masa jangan lupa beri lagi.

kalau ada sumur diladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita bertemu lagi.



catatan dari: aKu BuKaN SeSiaPa ( http://cahayasikunang2.blogspot.com)

Share:

15 Ulasan

  1. Tahniah sdr Sue, untuk beberapa perkara:

    1) Kerana menulis dengan baik menggunakan bahasa Melayu piawai.

    2) Kerana hadir sama. Sahabat ini memang aktif, seaktif dan sekembang cendawannya.

    3) Kerana saudara memang rock! Hihihi...

    P/s: Pembetulan: Saya tidak gelak banyak. Yang gelak banyak ialah Abg Long..hahhaha..

    BalasPadam
  2. wah...seronoknya kalian bermain futsal.
    Rugi tak datang sama...
    huh!

    BalasPadam
  3. Teruja dengan penggunaan BMT.
    Rasanya pemain paling comel ialah kedua - dua ketua pasukan.
    Andainya ada irama Klasik Nasional pasti suasana lebih meriah.
    Menyanggah pendapat Saudara Web. Rasanya kita perlu ulang tayang rakaman perlawanan untuk melihat siapa yang paling banyak ketawa

    BalasPadam
  4. ada dua orang x habis lawan lagi nie...keluarkan pom2 jap...hehehhehe

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum

    1. Abg Web.. Sue tu saudari bukan saudara...
    2. Nasib baik pisahkan Abg Web & Abg Long, kalau tidak 'depa' tidak main futsal langsung.. berbual & ketawa sahaja...
    3. Comel ke Abg Long? Bukan ke yang paling comel masa Abg Long kipaskan Kak Illa?
    4. Sebagai pengadil yang adil, saya pastikan Abg Long & Abg Web memang tidak comel, ketawa sahaja.
    5. Nantikan laporan lengkap & anugerah-anugerah istimewa dalam perlawanan futsal yang lepas.

    BalasPadam
  6. Wah...CongratZ eberibodi!
    Sure meriah dan best tu kan...
    Teda pengalah teda pemenang...

    BalasPadam
  7. salam....
    mmg best jumpa mana yg berkesempatan tu kan

    BalasPadam
  8. Dinda yang kecil masih berharap dapat bersua muka dan beramah mesra dengan kekanda-kekanda semua. Namun apakan daya, takdir yang telah ditetapkan bukan dalam kawalan dinda. Huhu. Majlis berbuka puasa akan disemat sebagai ingatan dalam otak dinda. Tiada aral melintang lagilah harapnya.

    *Okay tak ayat klasik nasional saya ni Abang Web?
    Hehehe

    BalasPadam
  9. Sdr Zonan, tahukah saudara bahawa gantinama 'saudara' sudah menjadi uniseks sekarang ini? Saudara digunapakai untuk kedua-dua jantina. Berlainan pula dengan kata Tuan/Puan.

    Sdr Kay Azhar, kekanda jadi penasaran bila mendengar kata-kata adinda. Aduhai!

    Soalan untuk item sdr Zonan no. (5): "Apa saudara merepek daa, Labu..hihihi?"

    BalasPadam
  10. Abg Web saya tidak tahu langsung, terima kasih kerana memberitahu...dan maafkan saya yang naif ini...

    Hihihihi... tunggu sahaja Labu merepek nanti....Saudara Web

    BalasPadam
  11. Papaibad,

    Relax maaa...jgn marah aaa. Sekadar berkongsi ilmu, insyaAllah.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Saudara Zonan.

    Bersetuju dengan Saudara WEB. Perkataan SAUDARA adalah umum.
    Kalau Abang long dan Abang web bermain dalam satu pasukan, sudah pasti semua orang tak jadi main. :)
    ABANG long 'kipaskan' KAK ila ... alahai ... kenangan sepanjang zaman. Memang ada hati untuk kipaskan kak ila.
    Dalam sejarah BOLASEPAK DUNIA. Seorang pengadil akhirnya jadi pemain.



    Wahai Adinda Kay Azahar.

    Maaf, ayat yang adinda gunakan itu tidak menepati piawaian antarabangsa BAHASA MELAYU KLASIK.


    TERIMA KASIH

    BalasPadam
  14. Papa Web,

    Saya tidak marah, kalau saya tidak tanya mengenai saudara/ saudari itu... Agaknya sampai Ibad masuk sekolah saya tidak tahu...

    Terima Kasih Daun Keladi, Ade masa belanja makanlah lagi.....

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin