Kategori Fiksyen dan Bukan Fiksyen Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009
BAGI memungkinkan pembaca Dunia Buku, Sastera membuat pemilihan pengarang pilihan mereka muncul sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, diperturunkan beberapa maklumat mengenai mereka.
Dr Danial Zainal Abidin yang dicalonkan dalam Kategori Bukan Fiksyen menerusi bukunya, Minda Muslim Super adalah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn Bhd dan juga Pengurus dan Pengamal Perubatan di Klinik Syifa Glugor, Pulau Pinang.Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, pemegang Ijazah Kejuruteraan Sumber Mineral daripada Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Perlombongan dari Queensland, Australia, pengasas kursus Motivasi Alihan Pelajar, mempertaruhkan Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif.
Dr HM Tuah Iskandar yang sudah menghasilkan lebih 50 buku dalam pelbagai bidang, sudah menerima 28 anugerah dalam bidang penulisan termasuk kreatif, dicalonkan menerusi dua bukunya, Fikir-fikirlah dan Membina Cinta Sayang.
Datuk Dr Mohd Fadhilah Kamsah adalah Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn Bhd menerima ijazah PhDnya dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, menerima pencalonan menerusi bukunya, Langkah Bijak Usahawan Terbilang.Muhd Kamil Ibrahim adalah profesor perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), sudah menulis beberapa buku termasuk karya laris di pasaran dan lebih 400 rencananya diterbitkan dalam pelbagai media massa, ‘memperjudikan’ Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.
Muhsin Labib yang dilahirkan di Jember, Jawa, menerima ijazah sarjana mudanya di Iran dan PhD dari di Universiti Islam Negeri Hidayatullah, banyak menghasilkan buku agama dan dicalonkan menerusi bukunya, Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam.
Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood adalah lulusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Mesir, sudah melahirkan lebih 40 album ceramah agama, motivasi dan petua dalam bentuk CD, VCD dan kaset, menguji peluangnya lewat Hadiah Untuk Muslimah.
Azahar Abdul Rahman, penulis berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan internet dan sistem perakaunan adalah akauntan bertauliah Thames Valley University, London, dicalonkan menerusi bukunya, Rahsia Buat Duit dengan Ebay.Ramlee Awang Murshid yang dicalonkan dalam Kategori Fiksyen adalah wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri, menerima empat anugerah penulisan kreatif peringkat kebangsaan, dicalonkan menerusi Hijab Sang Pencipta.
Aleya Anessa, Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, sudah menulis Semusim Rindu, Kasih Antara Kita, Janjiku Bersamamu, Hanya Dia Tahu dan novelnya, Segalanya Untukmu, memasukkan namanya dalam senarai Kategori Fiksyen.
Anis Ayuni, lulusan Sarjana Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai Penyelia Petang SMK Seri Saujana, Bandar Baru Petaling, Kuala Lumpur muncul sebagai penerima anugerah tahun lalu, dicalonkan kali ini lewat Seribu Kali Sayang.
Damya Hanna yang baru saja menamatkan pengajian perakaunan di UKM adalah penulis Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi, Ilham Hati, Senafas Rindu dan novelnya, Ternyata Cinta, melayakkannya termasuk dalam senarai Kategori Fiksyen.
Norhayati Berahim yang mempunyai penerbitan sendiri dicalonkan menerusi novelnya, Kembalikan Cintaku juga penulis Andai Semalam Ku Miliki, Biarkan Aku Menangis, Bunga Kasih, Chinta Cinta dan Tidak Aku Bersuara.
Aisyah Sofea yang dicalonkan menerusi Selagi Ada Dia adalah juga penulis novel Adam & Hawa, Buatmu Kekasih, Far Away, Gelora Jiwa, Jauh, Jendela Hati, Kau Untukku dan Sehangat Asmara.
Zaid Akhtar peserta Program Penataran Sastera Mastera (genre novel) di Bogor, Indonesia pada 2006 dan penulis Sesegar Nailofar (2001), Rona Bosphorus (2003) dan Justeru Impian di Jaring (2007).dicalonkan menerusi novelnya, Salju Sakinah.
Mimie Afinie yang bermula dengan Bisikan Rindu pada 2004, menggarap Masih Ada Rindu, Maafkanku … Sayang, Tinggallah Pujaan, dicalonkan menerusi novelnya, Kalau Ada Jodoh.
Siti Rosmizah, peguam yang menerima ijazahnya dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh berbangga dengan novel sulungnya, Andai Itu Takdirnya yang sudah tujuh kali dicetak ulang dan melayakkannya untuk disenaraikan dalam Kategori Fiksyen anugerah ini.
Fauziah Ashari yang bermula dengan novel sulungnya, Pergilah Sepi dan Ombak Rindu yang mencatat kejayaan cemerlang sehingga mendorongnya tampil sebagai usahawan dalam bidang penerbitan, dicalonkan menerusi Rindu Cintaku.
Borang asal penyertaan yang akan diterbitkan lagi pada 10 Julai ini dan alamatkan penyertaan kepada Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, Marketing Department, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, No: 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 5600, Kuala Lumpur.
TERKINI DI SINI
Gambar oleh D'ulatb Nampaknya...
Banja Manggala telah menemui peminat...
Topik Minggu Ini – 26/2/18 Antara...
Assalamulaikum dan...
Hai semua RAMians. Maaflah Kajun sudah...
Bersempena dengan Filem Tombiruo, Grup...
KELAB PEMINAT NOVELIS THRILLER NO.1...
PRECIOUS DELIVERY BY US - PAID ADS

Hubungi (019-6907183 - Iena ) untuk perkhidmatan penghantaran bunga dan coklat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
Perhatian!
Kepada ahli ahli RAMFC dan terutamanya followers blog ramfc, kami di RAMFC mengalu-alukan sumbangan artikel mengenai RAM dalam apa jua bentuk sama ada ulasan novel, pendapat atau gambar yang ingin dikongsi bersama ahli di laman ini, kami akan terbitkan artikel anda dan kepada yang mempunyai blog atau website, semua sumbangan anda akan dipautkan kepada blog atau website anda. Semua sumbangan boleh di emailkan kepada admin.ramfc@gmail.com .
Ruangan Ahli RAMFC Minggu Ini masih di alu - alukan kepada ahli-ahli yang berminat, sila hantarkan butiran anda dan kenapa meminati RAM di admin.ramfc@gmail.com . (Sila lihat contoh terdahulu di sini)
Kerjasama


![]() |
Ramlee Awang Murshid Book Club (RAM FC) |
Visit this group |


Popular Posts
-
Sutera Bidadari telah saya noktahkan kisahnya pada 14 Februari 2011. Cerita ini merupakan lanjutan novel Cinta Sufi. Manuskrip Sutera Bidada...
-
Sempena musim perayaan kali ini, kami di RAMFC buat julung kali membawa sesuatu untuk anda tunjukan ketika balik kampung nanti. Tidak kira ...
-
assalamulaikum... pertama kali mendengar nama ram adalah bulan lepas bila mana kawan-kawan dan guru berebut novel RAM yang dijual oleh pak...
-
BORANG KEAHLIAN RAMFC Nama/Name: Nama Panggilan (Nickname): Tarikh Lahir/Date of Birth: Tempat Lahir/Place of Birth: P...
-
"Sebuah rumah yang dibakar! Seorang perempuan menjerit ketakutan. Pemuda yang... yang hangus separuh badannya. Anak kecil... ah! cukup...
-
Profil ke lima menghiasi segmen kita hari Isnin ini ialah jejaka misteri yang kununnya berasal dari punggor. Jejaka ini antara kumbang yang ...
-
Dalam kerancakan kita mengejar Anding Ayangan ~ Sudikah kalian menerima tawaran kita ke MALAM GALA SEDEKAD RAMFC ??? Malam Gemilang untuk RA...
1 Ulasan
mengapa tak ada novel sastera bermutu yang layak dimenangi tersenarai? mana novel2 DBP? mana novel2 HSKU? jawabannya hanya satu; kita sebagai pembaca memang suka bahan bacaan mudah, yang ringan, x banyak fikir dan baca sekali faham terus. Tapi bagus la juga novel2 mudah begini menumbuhkan minat membaca kita, jadi undilah penulis pilihan anda.
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.