Ahli RAMFC Minggu Ini - Areque

Salam semua, minggu ini ahli seterusnya adalah orang kecil molek yang mengelarkan diri beliau sebagai ‘Areque’, kalau kena sebutan nya akan berbunyi sebagai saya.

Areque adalah ahli RAMFC yang sedang menjadi penghuni di PPUM, Insyaallah Sabtu ini beliau akan keluar menjalani hari biasa sebagai graduan dari UIA. Dan semasa di Hospital jugalah Areque telah meluangkan masa beramah mesra dengan ahli-ahli RAMFC saban hari. Di sini juga Areque telah menulis nukilan rasanya mengenai karya RAM dan menhantar ke ALAF21 dan akhirnya berjaya meraih hadiah dalam segmen di web alaf21 iaitu Emel Minggu Ini. Mari sama-sama membaca nukilan Areque yang dipetik dari laman alaf21 dan diikuti profil beliau yang dihantar kepada di RAMFC.

CETUSAN DARI WAD

Sharifah
Temerloh, Pahang
Pertama kali dalam sejarah hidup saya sebagai seorang peminat novel, baru kali ini saya berkesempatan membuka laman web Alaf 21. Itu pun kerana saya tiada apa-apa kerja yang boleh dilakukan sekarang kerana buat masa ini, saya sedang ditahan di sebuah wad di PPUM kerana menjalani rawatan.

Kebetulan, di masa terluang banyak masa untuk saya melayari internet denganbroadband dan akhirnya terjumpalah saya laman web Alaf 21 ini. Kenapa? Kerana saya sedang mencari novel baru untuk dibaca sebab sejak saya masuk wad, tidak pernah lagi saya baca novel. Dah seminggu... bosan gila!

Nasib baik ada abang peneman di sisi yang datang setiap hari melawat saya di sini. Terjumpalah novel terbaru Ramlee Awang Murshid ‘Mikhail’ dalam surat khabar yang abang saya bawa untuk dibaca. Apa lagi, sebab saya tak boleh keluar wad , saya pun mintak tolong abang belikan ‘Mikhail’ kat MPH. Rindu betul dengan novel-novel karya Ramlee.

Sambil bersembang dengan abang, saya pun cuba-cubalah cari laman web yang beri info mengenai novel-novel di negara kita. Nak dijadikan cerita, sebenarnya saya bukanlah suka sangat novel-novel abang Ramlee sebelum ini. Dulu, rakan sebilik saya selalu beli novel karya Ramlee Awang Murshid seperti Ranggau, Adam, Satu Janji, Tombiruo dan macam-macam lagilah. Saya selalu ejek dia (dalam nada bergurau) dan saya selalu cakap pada dia, "Kenapalah awak ni suka sangat baca novel dia? Tajuk novel pun mengarut! Cerita pun mengarut-ngarut, tengoklah dalam novel Tombiruo ni, muka binatanglah, tinggal dalam hutan. Hisy,relevan ke? Apa benda ni? Nonsense!"

Tapi dia cakap balik kat saya, "Hah, itulah awak... awak tak pernah baca novel dia, mana awak tahu?" Tup tup sekarang saya yang dah gila kat novel-novel Ramlee... semua novel dia saya dah baca. Walaupun saya tak beli, tapi saya pinjam pun okeylah, kan? Kebetulan kawan-kawan saya ramai yang ada koleksi novel-novel Ramlee. Jadi, saya ambil peluang yang ada!

Saya mula tertarik dengan novel-novel karya Ramlee Awang Murshid kerana ‘Pei Pan’. Novel ini saya jumpai ketika saya pergi melepak di bilik kawan saya. Saya tanya dia, “Ada novel yang best?” Dia pun beritahu saya yang dia ada pinjam satu novel di perpustakaan UIA kami berjudul ‘Pei Pan’. Saya pelik, novel apa tu? Tertarik dengan tajuk tersebut, saya pun cubalah selak muka surat pertama novel dan terus saya membaca ayat pertama kuat-kuat sambil bacaan saya didengari oleh dua orang kawan saya yang lain. Baca punya baca, terus saya tertarik dengan novel itu dan terus cakap pada kawan saya yang tengah khusyuk mendengar bacaan saya, "Eh, nanti kau orang baca sendirilah, saya nak bawa balik dulu, nak baca kat bilik…" Balik bilik, terus saya habiskan bacaan novel tersebut pada malam itu juga.

Apa yang membuatkan saya tertarik pada ‘Pei Pan’ adalah wujudnya isu perundangan di dalam novel tersebut. Disebabkan saya memang seorang pelajar yang mengambil jurusan undang-undang, intipati dalam cerita tersebut memang sangat menarik minat saya untuk membaca novel itu hingga ke akhir. Saya memang nak tahu siapa pembunuh sebenar. Malah, saya sendiri turut mengumpul bukti-bukti untuk mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah sepanjang pembacaan. Memang bagus novel ni. Saya tercari-cari nama penulis, Ramlee Awang Murshid rupa-rupanya! Penulis yang selalu saya tak hiraukan.

Sekarang, baru saya tersedar kehebatan novelnya. Selepas habis ‘Pei Pan’, saya terus meminjam semua novel rakan bilik saya dan baru saya sedar yang sebenarnya telah jatuh cinta pada karya Ramlee Awang Murshid. Bahkan sehingga saya boleh jatuh hati pada Ejim dan Amiruddin dalam watak Tombiruo, jatuh cinta dengan Luqman Hakim dalam Satu Janji dan jatuh cinta dengan Laksamana Sunan yang setia pada sang ratunya. Yang terakhir, saya jatuh cinta dengan Mikhail!

Alangkah bagus andainya karya-karya beliau diadaptasikan ke drama TV pula. Tapi, jangan diubahsuai dan biarkan mengikut cerita yang asal. Thanks, Pei Pan! Because of you, I have learn something precious inside the one, Ramlee Awang Murshid!

Berikut adalah profil Areque:

Slide1 Slide3Slide2

Lawati juga blog Areque di http://anakfelda-ifah.blogspot.com

Share:

6 Ulasan

  1. amboi, areque, hg jadi artis la minggu ni.. smga cpt sembuh okai..

    BalasPadam
  2. Welcome to the club Areque! Kalau sudah sembuh nanti, jgn nakal2 tau! Banyakkan berehat dgn membaca buku RAM hehe...

    BalasPadam
  3. hi kak areque...

    =)

    BalasPadam
  4. Sapa kata dok kat wad tu membosankan. Bertapa pun leh jadi popular. Haha

    BalasPadam
  5. cewah kak aq...
    peeeewittt....
    ehem..ehem....
    kak aq nak sign............

    moga cepat sembuh...
    sabtu ni baru ain nak p jenguk kak aq kat spital..
    tp sbb dah kuar..
    kensel la nak dtg..
    hahahahaha.....

    chiiiouuu,......

    BalasPadam
  6. hahahaha..thank you thank you...(sambil tunduk pegang award)..
    muahhahahhaaha..thank you seme my frens...luv u all!

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin