Lepak Santai RAMFC 28022009












Akhirnya................satu perjumpaan bagi peminat novelis tersohor tanahair iaitu Abg Ramlee telah diadakan dengan jayanya. Walaupun kurang mendapat sambutan dari ahli-ahli lain yang mungkin terlibat dengan kekangan masa atau komitmen lain, tapi aktiviti tetap diteruskan dengan meriahnye. Kecoh, gurau senda, gelak tawa antara kami terjalin walau pun ada di antaranya yang baru pertama kali bertentang mata. Itulah hikmatnya mempunyai kenalan yang berkongsi minat yang sama atas nama penulisan karya Abg Ramlee Awang Murshid (walau pun Syima baru je menyertai kita....)

Setelah bermacam halangan dan perancangan dibuat oleh ajk KL/Selangor sejak dari tahun lepas lagi, maka aktiviti yang dirancangkan telah menjadi kenyataan pada 28.02.2009 yang bertmpt di Taman Warisan Pertanian. Bagi aku yang biasa menepati masa ini, maka telah datang awal daripada orang lain dan lepak la sekejap di situ. Lokasi itu untuk minum pagi dan aktiviti mencari harta karun. Selepas bertungkus lumus melilau merata tempat mencari jawapan maka dalam pukul 1.30pm, semua bergegas ke Taman Putra Perdana untuk penyerahan kertas jawapan. Abg Ram, Kak Dayang dan Aizuddin menyertai kami di sebelah tengahari.

Bagi orang jauh yang bukan menetap di Putrajaya maka agak susah jugak la nak mencari lokasi Taman Putra Perdana, melilau jugak la di bawah terik mentari tu kan. Aku siap bagi kata dua pada si Attokz jangan nak kenakan penalti masa kat aku sebab aku terlambat beberapa minit. Akhirnya semua orang dah berkumpul dan diberi masa untuk makan tengahari yang disediakan oleh Abg Web dan Chef Hana, solat dan games pun bermula. Sampai tergolek-golek aku, Elle, Syima sebab ketawakan diri sendiri yang tidak dapat mengingati apa ayat-ayat yang Attokz sediakan untuk games telefon karat.

Apa-apa pun, tahniah kepada Elle, Attokz dan sahabat yang lain yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan aktiviti ini. Tidak sia-sia jugak la kehadiran ku ke aktiviti itu sebab aku dan K Lily dapat tempat ke3 untuk tressure hunt, ada goodie bag, lucky draw kan. Oleh itu sebagai kenangan antara kami, banyak gambar yang di ambil oleh kamera masing-masing. Sebelum terlupa, jangan lupa jemput kami lg untuk aktiviti seterusnya.

**Entri ini ditulis oleh Illaktn : www.akuhanyaseorangperempuan.blogspot.com atau di facebook manja_6374@yahoo.com

Share:

1 Ulasan

  1. bestnyer.. insyaAllah satu hari nantik saya join k.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin