MIKHAIL oleh Ramlee Awang Murshid

 * Ini adalah buah tangan Ramlee Awang Murshid untuk semua ahli kelab RAMFC. Semua hak cipta entri ini perlu dikreditkan kepada blog ini.
Saya suka berjalan. Dalam perjalanan itu, pasti terdapat sesuatu ilmu yang dapat saya raih. Mata sentiasa melihat dan fikiran tetap ligat bekerja. Apa pun...tetap saya kutip untuk dijadikan bahan dalam penulisan. Biar ke mana-mana pun, selagi bukan atas nama kerja, saya lebih suka berpergian bersama keluarga. Kalau out-station atas faktor pekerjaan, bil telefon pasti akan mencecah ratusan ringgit kerana setiap hari saya akan menghubungi keluarga. Kesimpulannya...keluarga adalah segala-galanya dalam hidup saya.
 
Beijing China

 
Tasik Wanaka, New Zealand
     Dalam pada berjalan inilah...kerap saya temui tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi dalam novel-novel saya. Terbaru...Mikhail, yang masih dalam proses penyuntingan, untuk kesekian kali, saya memuatkan lokasi-lokasi luar negara seperti Mesir, New Zealand, China dan Jordan. Malah Israel turut dijadikan lokasi. Terus terang...saya dan keluarga sangat menyukai New Zealand. Di sinilah kami temui beberapa lokasi penggambaran filem Lord of The Ring dan Narnia. Ia sungguh menakjubkan. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH. 
 
     Semasa di Jordan, saya berkesempatan mengunjungi Laut Mati. Dalam perjalanan itulah saya diberitahu oleh pemandu mengenai dua simpang utama sebagai pintu masuk ke Israel dan Palestin. Bila kami ingin meninjau lebih dekat lagi ke sempadan, pemandu berbangsa Arab itu menolak. Terlalu bahaya katanya. Maka terpaksalah kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati. Di akhir jalan raya, terdapat dua simpang lagi. Sebelah kiri ke Laut Mati dan sebelah kanan pula menuju ke sebuah sungai yang dipercayai suci oleh penganut agama Kristian. Di Sungai itulah Jesus dibaptiskan.
 
 Piramid Giza, Mesir
     Semasa di Mesir, saya membuat penggambaran Galeri Perdana di Piramid Giza. Saya terfikir sesuatu mengenainya yang dikaitkan dengan Mikhail. Pekerja-pekerja di sana kasar. Penipuan berleluasa. Maka berhati-hatilah apabila berhadapan dengan kerenah mereka yang menjadikan kita lekas marah. Semasa menyusuri Sungai Nil dalam sebuah feri, saya terdengar sekumpulan orang berbual-bual. Bila saya bertanya kepada seorang penterjemah rakyat Malaysia, barulah saya tahu, mereka itu adalah orang-orang Yahudi. Bahasa percakapan mereka sungguh pelik. Tak pernah saya dengar sebelum ini. Kemungkinan menggunakan bahasa Ibrani.
     Maka dalam Mikhail...saya menggunakan lokasi-lokasi tersebut kerana cerita kali ini bersifat adventure. Saya terjemahkan tempat-tempat yang pernah saya jejaki kecuali Israel yang terpaksa saya kaji lokasinya berdasarkan fakta bertulis. Hasil perjalanan inilah saya cetuskan Mikhail (bukan sekadar sebuah nama). Pertembungan dan persengketaan politik dalam lingkaran yang global. Menyelongkar ‘kerja-kerja belakang tabir’ pihak-pihak tertentu.
     Novel kali ini tetap berkonsepkan thriller. Aksi, putar belit, percintaan, situasi global berdasarkan politik sejagat – antara inti pati yang mewarnai plot Mikhail. Bukan merujuk kepada nama malaikat yang dimuliakan ALLAH tetapi lebih meniru nama popular kebanyakan penduduk Russia. Percayalah...jangan menilai dari aspek luaran sahaja kerana ‘behind the curtain’, barangkali lebih dahsyat lagi. Jumpa dalam Mikhail...insya-ALLAH.  

Share:

21 Ulasan

  1. wah bestnya dpt gi jln2 sambil menambah ilmu, berkongsi cerita dlm hasil garapan terbaru nnt.
    x sabar nak tgu mikhail.....
    mmg abg ram seorg penulis yg baik coz dpt berkongsi setiap ruang perjalanan pd setiap buah tangan terbarunya.

    teruskan berkarya utk abg ram yg dihormati....

    BalasPadam
  2. Seronoknya dapat berjalan... terimakasih kerana sudi berkongsi pengalaman itu bersama peminat. Tak sabar nak tunggu novel terbaru ni...

    BalasPadam
  3. huRrraaYYy !!!
    abg RAM jenjalan smbil2 menambah idea utk jadikn novel MIKHAIL lebih menarikkss !!!
    betul tuh abg RAM.. : "Only joy, love, thankful & happy life will bring out the best of ourselves..."

    rancangan Galeri Perdana masa di Mesir tuh, sy ada mengikuti baru2 neh... tuh pn slps parents bgtau...: "Ramlee Awang Murshid neh kt Galeri Perdana... tak nak tgk ke...??"....
    ehehehehe~

    p/s: nnt nk bli novel MIKHAIL dr abg besar RAM je lah... nk autograph skali.... hoh0hoh0~
    [smbil menjeling manja kt kak elle... buley post cam besa kn...??].. :)>-

    BalasPadam
  4. Tak sabar rasanya membaca karya brother RAM kali nih. Semoga Mikhail berada di pasaran tak lama lagi. Apa pun, syabas utk brother RAM!

    BalasPadam
  5. jauh berjalan luas pengalaman.

    wah bestnya dpt berjln2 gitu,dgn famili lagi...

    patut la novel2 abg RAM penuh info & ilmu.best...best...

    BalasPadam
  6. wah, meremang bulu roma den bila baca posting abg ramlee ni. kaitan dgn yahudi, islam, n so on.. gak sabar deh mau beli Mikhail..

    BalasPadam
  7. MIKHAIL. Rasa-rasanya novel kali ini macam tak... macam tak... macam tak boleh letak bila mula membacanya!

    alifin of ALAF 21

    BalasPadam
  8. tak sabar menunggu mikhail... ahaks...

    BalasPadam
  9. Jauh perjalanan, luas pemandangan, lebar pemikiran, tambah pengalaman.

    Bilalah dapat merantau melihat dunia. Nampaknya hanya melalui pembacaan sahaja yang termampu setakat ni.

    Sebab tu tak sabar nak tunggu Mikhail diterbitkan...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama3/2/09 3:49 PTG

    RAMians,

    Ttg Mikhail, sabar bebyk ye. Jgn bimbang..bakal diterbitkan sebelum pesta buku hujung april ini.

    semalam, berborak² dgn org besar alaf21...tiada cantasan dan suntingan besar pada sessi editoring karya Abg RAM yg terbaru ini.

    Sabar & nntkan.

    BalasPadam
  11. salam semua..

    MIKHAIL... bukan sekadar sebuah nama... tagline puh dah best.. mesti tak boleh berhenti membacanya nanti...

    selamat mengembara bersama abg RAM dalam MIKHAIL.. wah... promote nie..

    abg RAM... all the best & good luck..

    sab88

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama4/2/09 2:51 PTG

    Assalamualaikum Ramlee & sahabat,

    Subhanallah! Memang amat menarik inti Mikail. Allahhukhbar!

    Terima kasih Ramlee & Elle.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama8/2/09 4:12 PTG

    subhanallah! ni yang hebatnya apabila kuasa pemikiran terletak kepada keupayaan berimaginasi!
    Wah...aye memang masih terkesan lagi dengan penangan Laksamana Sunan...Mikhail...intipati cerita yang menarik! Sama-sama kita nantikan sengatannya....

    BalasPadam
  14. karya abang ram kat luar negara yang paling best pada saya setakat ni hatiku di harajuku sebab sangat2 terperinci.kalaulah novel tu dapat direalitikan dalam filem.huhu.harap2 mikhail..bukan sekadar sebuah nama pun dapat menyayat hati saya macam hatiku di harajuku.huhu

    BalasPadam
  15. salam...
    salam perkenalan dari aresa.
    kita newbie di sini...
    salam hormat buat Bro. Ramlee, my idol. kita ni minat sangat dengan hasil karya Bro.. wah..memang tak terkata mantap sangat.semua karya Bro, kita sudah kumpul jadikan koleksi. karya Bro yang paling kita suka sangat ialah "Hatiku Di Harajuku" suka watak Ryu Watanabe...kita suka sangat apa - apa yang berkaitan dengan negara matahari terbit ini. moga - moga Bro akan hasilkan karya yang berlatarkan negara matahari terbit lagi... =>

    BalasPadam
  16. mikhail..
    sekali imbas hanye lah name semata..
    tetapi name yg penuh bermakna..
    jalan penceritaan menarik,walau tajuk hanye pepatah cume..
    tertarik..
    n harus bersabar lagi..
    bersabar menunggu novel terbaru..
    tentang 9nyawa..

    BalasPadam
  17. saya dah miliki MIKHAIL...
    memang MIKHAIL bukan sekadar nama..

    tahniah RAM..
    Moga ALLAH sentiasa memberikan ilham bagi menghasilkan 9nyawa

    saya akan tunggu kemunculannya

    BalasPadam
  18. tak pernah terfikir ke nak buat filem berdasarkan koleksi novel tu?

    BalasPadam
  19. 9 nyawa give me new experience about paranormal dimension

    BalasPadam
  20. abang best sgt saye bace MIKhAIL
    buat saye byk berfikir..
    next novel lepas ni nak bace 9 nyawa pulak
    hahx...tankiu!

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin