MANDATORI

Assalamualaikum & Salam Januari...

MANDATORI

Bila dirujuk pada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , mandatori bermaksud 'mesti atau wajib dilaksanakan'. Istilah itu sering digunakan pada terma hukuman dan perundangan. Mandatori - Hukum Gantung Sampai Mati , itulah ungkapan yang sering kita dengar. Ia membawa maksud hukuman gantung itu harus dan wajib dilaksanakan sehingga penerima hukuman menemui ajal... MATI !.

Itulah pendekatan yang disampaikan oleh RAM melalui karya beliau yang bertajuk 'MANDATORI'. Penceritaan bukanlah berkaitan hukuman yang dilaksanakan oleh badan kehakiman tetapi pelaksanaan hukuman oleh seorang lelaki... CARLOS. Dia meletakkan kuasa total untuk menguatkuasakan hukuman mandatorinya sendiri. Tiada lagi timbang tara , tiada lagi perbincangan dan tolak ansur. Tidak ada juga perbicaraan dan juri yang akan mengadili. Jawapan bagi semua hukuman yang dijatuhkan kepada pesalahnya ialah MATI mandatori.

Babak demi babak dalam penceritaan oleh RAM pada MANDATORI ini dipenuhi aksi dan suspen. Dalam rentetan kisah pembunuhan ini , turut diselitkan unsur-unsur dakwah dan teladan...

Tetapi apakah punca dan sebabnya sehingga dia sanggup melakukan kekejaman itu ? Adakah segala perbuatan yang dilakukannya itu berpunca daripada dendam ? atau keseronokan ketika melaksanakan hukuman maut itu membuatkan dia mencari mangsa ? siapakah pula BOGART ?

jangan tunggu lagi... baca dan rungkaikan misteri pembunuhan akibat hukuman mandatori ... 


Coretan budakhutan;
Ketika coretan ini di tulis... Palestin masih lagi digempur oleh Israel. Kenyataan - kenyataan berunsur manipulasi , memohon simpati dan angkuh oleh pihak zionis membuatkan masyarakat dunia keliru. Mereka menyalahkan Hamas di atas kekejaman yang mereka lakukan. Mereka juga memperlekehkan PBB . "ini bukanlah satu resolusi / isu yang boleh diselesaikan melalui rundingan di atas meja PBB, ianya harus diselesaikan di lapangan" itulah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Israel.

Tidak juga menyokong mana-mana pihak tetapi aku menyokong kepada perjuangan hak asasi manusia. Ibarat pepatah lama , "dua ekor gajah yang galak bergaduh , kancil yang mati tersepit di tengah"... golongan warga emas , wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa peperangan.

Apakah hukuman mandatori yang harus diberikan kepada mereka yang menyebabkan kematian ini ? ....


p/s: ada masalah upload gambar , Insya Allah malam ni cuba lagi...

Share:

5 Ulasan

  1. Yang saya tahu orang Yahudi terkenal dengan tipu helah dan niat menjatuhkan umat Islam. Tiada keliruan di sini, itulah antara taktik, dakyah pihak Israel untuk menutup tindakan mereka di mata dunia dan menarik kuasa menyokong mereka. Sudah terang lagi bersuluh, inikan pulak setan yang memang bertanduk dua.

    BalasPadam
  2. Cuba tidak mengaitkan agama dan prinsip peribadi
    sejauh manakah kita tahu ?

    BETUL , jika kita katakan bahawa tindakan yang mereka lakukan itu adalah kejam dan tiada perikemanusiaan

    SALAH , jika kita mengatakan bahawa JEWS/YAHUDI ( agama/kepercayaan ) mereka itulah yang bersalah

    samalah seperti melentingnya kita apabila segelintir masyarakat dunia memandang serong dan mengatakan bahawa ISLAM itu ganas , kasar dan dan tidak bertamadun... walhal yang membuat angkara adalah mereka yang ekstremis dan fanatik...

    BETUL , jika mereka mengatakan tindakan pihak pelampau ini kejam dan tidak berhati perut

    SALAh , jika mereka mengatakan ISLAM yang menganjurkan kejahatan dan menghalalkan perbuatan sedemikian.

    sekadar pendapat...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11/1/09 2:50 PG

    pandangan kita agak brbeza BudakHutan...

    ini hanyalah cetusan pandapat... bg sy:
    agama tidak dpt dipisahkan dlm hidup... "ISLAM IS THE WAY OF LIFE"... utk itu, dlm menikmati segala kurniaan Illahi, menguasai minda dlm membuat keputusan, giving opinions in different perspectives, arguing who's right or wrong, and fight for justice, ISLAM will always be the guide & reference to do anythings...

    dan merujuk kpd soalan BudakHutan:
    sekadar pemahaman sy dlm Ilmu Jenayah [Hukuman dlm Islam], hukuman membunuh adalah QISAS... iaitu diBALAS BUNUH...
    refer: http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/hukuman.htm

    namun begitu, ini adalah sekadar pndpt yg dpt sy kongsikn brsama dr forum yg sy baca:

    "berkenaan dgn siapakah yg layak membunuh ke atas si pembunuh.. adalah mereka yg mendapat kuasa(org skrg pggl mandat) dr pihak khalifah.. mereka adalah berhak bertindak melakukannya.. setelah melalui beberapa proses yg ditetapkn di dalam Islam.. depend juga jenis kesalahan yg si penjenayah lakukn..

    contohnya.. izinkan ana melencong sedikit dr topic ini iaitu hukuman hudud.. pemerintah perlu pengambil aspek yg telah dilakukn si penjenayah.. sbg contoh, mencuri.. apakah barangan yg dicuri??.. berapakah nilai barang tersebut??.. keadaan (tmpt) barang yg dicurinya bagaimana??.. diluar (tempt simpanan, tercicir ka, sengaja letak ka n so...) dan juga brng yg memang disimpan di dlm tmpt yg selamat ka?.. dan yg penting sekali saksi... jika hanya nilai barang RM 1 yg dicuri, bgaimana dgn hukuman memotong tngn pula?? [adakah perlu dilaksanakn?].. itu semua perlu dirujuk didalam al-quran dan hadis serta sirah Nabi SAW dan sahabat baginda..

    begitu juga dgn bunuh atas si pembunuh.. meskipun ade pengetahuan ttg ilmu fiqah dan sebagainya.. kita tak berhak selagi kita tidak mendapat kuasa dr khalifah..."
    -- from: www.iluvislam.com

    seperti pendpt kak elle, 'sudah terang lagikn brsuluh' akan kejahatan ISRAEL LAKNATULLAH... kaum ini akan sentiasa mencipta onar dan memporak-perandakn dunia...
    refer: http://www.darulnuman.com/mhikmah/yahudi.html

    p/s: setiap pendapat tak ada salah / betul... namun antara semua pendapat, pasti ada yg lebih baik... brsama2 lah kita brtukar2 pendapat secara berhemah... :)>-

    **
    "DEMI MASA.
    SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR DLM KERUGIAN.
    KECUALI ORANG-ORANG YG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH
    DAN NASIHAT-MENASIHATI SUPAYA MENTAATI KEBENARAN
    DAN NASIHAT-MENASIHATI SUPAYA MENETAPI KESABARAN."
    -- surah Al-Asr (ayat 1-3)

    Wallahua'lam...

    BalasPadam
  4. Salam ....

    Komentar yg agak seyes nampaknya. Kepala pown dah bpusing skit nak baca. huhuhuhuhu ...

    Apa pun yg i tau, selamatkan Palestin dari misi "penghapusan bangsa" puak zionis.

    Hitler pernah juger ader misi menghapuskan Yahudi & israil dari muka bumi ni!!! Naper??? Saya kene buka book dulu nak carik sebabnya ... huhuhu.

    Tapi penghapusan Bangsa Yahudi ni x selesai sepenuhya. Naper x abis? huhuhuu, kene buka book dulu .... Saki baki yg tinggal nilah yg jadik Dajal skank ni

    Apa yang nyata, dalam Al-Quran sendirik dah tertulis betapa Yahudi adalah agama yg ske “memusnahkan” cth - Menghalang orang-orang Islam menggunakan masjid, berusaha meruntuhkan masjid dan memesongkan mereka dari menuruti jalan Allah. (Al-Baqarah : 114, 217; Ali-Imran : 99; An-Nisa : 160; At-Taubah : 34)

    Memulakan peperangan dengan memerangi dan menceroboh tanah orang-orang Islam dan mengusir mereka dari tanahnya. (Al-Baqarah : 190, 191; Al-Maidah : 78)

    Semer ni sikit ajer dari aper yg dah termaktub!!!!

    Pe pown, kebisuan negara2 jiran Palestin dlm situasi skank ni, 4 me satu lagik persoklan yg serius!! Dr. M ader mentioned yg downfall of Muslims bkn sbb others tp d muslims themselves. Sejauh mana kebenaran nya ~ ~ fikir2kan.

    JELASNYA, MMG ORG YAHUDI AKAN SENTIASA MEMUSUHI DAN MEMUSNAHKN ISLAM.

    "TAK PERLU, TAK PERLU ... MNYULUH YG SUDAH TERANG BENDERANG" << (PETIKAN: GAGAP-STACY)


    Lastly

    MERCY MALAYSIA PALESTINE RELIEF FUND http://www.mercy.org.my Please make cheques payable to MERCY MALAYSIA. CIMB account number: 1424-000-6561053. For more information, please contact 03-2273 3999. ) "No amount is too small, and will be gratefully received."



    wassalam

    BalasPadam
  5. Ahaks, setuju ngan Fecca :)

    Seronok bila bertukar tukar pendapat dan pandangan ni. Fahami dan dengar semua pendapat. Terima atau tidak itu terpulang pada individu... :)

    Setuju , Israel lah punca berlakunya kekejaman perang yang kini telah digelar 'holocaust' aka penghapusan kaum (bukan agama yeak)...

    Ini adalah isu di antara dua buah negara dan bukannya agama...

    sedangkan terang pun orang masih boleh jatuh / kemalangan / terlanggar batu...
    sebab itu kita kena melihat , dengar dan analisis semua data...

    -percaya 100%??? samalah seperti bila terjatuh akibat tersepak batu di siang hari, batu pula dilempar dan di maki maki... "apa daaa punya batu!"

    sesuatu dari pandangan berbeza...

    walau apa pun , mari lah kita sokong usaha murni untuk membantu mangsa - mangsa perang...

    :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin