RAM di Sabah

Assalamualaikum , Salam Maal Hijrah dan salam alam maya....

New York - One Borneo , KK - 27.12.2008 ( Sabtu )

Alhamdulillah , kerana akhirnya dapat juga aku bertemu dengan Penulis Novel yang menjadi idola dan aku anggap sebagai mahaguru aku dalam percubaan untuk menjadi penulis seperti beliau. Walau pun pada peringkat awal aku sedikit gusar kerana walaupun aku telah menyediakan slot khas pada tentatif aku hari itu untuk bertemu dengan RAM tetapi banyak program / aktiviti tambahan yang datang. Jemputan - jemputan kahwin , aktiviti bersama keluarga yang datang dari jauh serta lain-lain lagi aktiviti yang mendatang secara mendadak ada di antara undangan yang tak dapat aku penuhi... 

Mengikut ketetapan awal , perjumpaan akan diadakan pada pukul 12 tengah hari. Seawal pagi , kak Linda Amri telah menghantarkan mesej pesanan ringkas untuk memaklumkan kepada aku mengenai kebarangkalian ketidakhadirannya.Aku juga telah memaklumkan kepada Kak Linda dan RAM tentang program aku pada pagi tersebut yang mungkin berlanjutan hingga ke petang.

Syukur , sesi pada pagi tersebut berjalan dengan lancar dan tamat pada sebelah tengah hari. Aku bergegas balik ke rumah untuk mengambil novel yang sepatutnya aku bawa sekali untuk bertemu RAM. Tujuannya ? untuk mendapatkan tandatangan ekslusif daripada RAM sendiri. 

Sebelum aku tiba di 1Borneo , RAM telah menghubungi aku dan bertanyakan " selesaikah sudah sesi pagi tersebut dan dimanakah aku?" . Aku memaklumkan kepada RAM yang aku dalam perjalanan dan semakin hampir. 

Cerita panjang aku pendekkan ... Akhirnya aku bertemu dengan RAM yang datang bersama rakannya. Kami juga ditemani oleh kak Effa, cik dari Negeri Sembilan yang telah 2 tahun bekerja di Sabah. Aku cuba menghubungi rakan-rakan yang lain, tetapi kebanyakan daripada mereka telahpun beredar kerana menyangka pertemuan tersebut tidak berlangsung ( tak jadi ). Aku rasa serba bersalah. Salah aku... lambat!

RAM berkongsi cerita dengan Jesie Mojuru

Perjumpaan dengan RAM berjalan dengan lancar. RAM banyak berkongsi idea , cerita dan memberikan tips yang berguna.

1. Mengenai novel - novel akan datang hasil karya beliau. Tunggu ! kerana RAM akan muncul dengan lebih banyak novel thriller dan mungkin ada pembaharuan dari RAM.
2. Pengalaman kerja - dan kehidupan , serta cerita tentang blog KelabRAM ni.
3. Tentang berkarya - menulis  , penghantaran karya

Pertemuan kali ini turut dihadiri oleh Saudari Jesie Mojuru , penulis Novel Sabah. 

Terima kasih diucapkan kepada RAM kerana belanja makan di New York(nama tempat makan )
Terima kasih kepada Kak Effa yang mengambil gambar ..( pssst...kak Effa tu comel ..hehehe)

kak Effa

NOTA KAKI :
Apa khabar semua rakan blogger serta peminat Novelis Thriller No.1 Malaysia - Ramlee Awang Murshid.Rasa serba bersalah sering menghantui diri apabila aku tidak dapat berada disini untuk memberikan apa-apa sumbangan.Peranan sebagai moderator acapkali terabai dek kerana tuntutan tugas hakiki , tanggungjawab dan aktiviti lain. Walau bagaimanapun di setiap kesempatan yang ada , aku cuba untuk sentiasa 'mewujudkan' diri di arena ini.
Tiba masa untuk berubah...

Share:

2 Ulasan

  1. bestt nyeww~
    ehehehe~~

    BalasPadam
  2. Sure Best (>_<) whink!
    budakhutan suka dengar story2 pengalaman dan POV (point of view) brader RAM...

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin