UTUSAN MAJLIS TERTINGGI - UCAPAN DASAR PRESIDEN RAMFC


Bismillahirahmanirahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasih
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,



Pertama sekali ucapan syukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama-sam berkumpul di alam maya dan berkenalan dibawah satu payung iaiatu Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAM). Besar harapan saya agar semua peminat beliau di Malaysia dan seantero dunia dapat berkumpul di dalam kumpulan maya ini seterusnya memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahgi kepada karya-karya penulis kesayangan kita saudar RAM.
Tugas dan amanah sebagai Presiden Kelab ini amatlah besar bagi saya dan tanpa sokongan dari Cik Syeila terutamanya dan rakan-rakan lain seperti Abg Web, Akim, Hanim, Osh, Arms dan yang lain-lain, saya rasa saya tidak berkemampuan untuk menanggung tugas ini. Namun demikian saya akan cuba cekalkan hati demi minat saya yang mendalam terhadap penulis yang amat saya kagumi di Malaysia.
Di sini juga saya ingin  mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan AJK saya di alam maya ini bahawa, tugas kita bukanlah mudah kerana Kelab yang kita jalankan ini bukanlah berunsur keuntungan tetapi berdasarkan kesungguhan dan keikhlasan kita terhadap perjuangan penulis-penulis novel melayu. Ikhlaskanlah hati dan saya akan bersama-sama anda menggembleng tenaga berusaha untuk memajukan kelab ini InsyaAllah. Ayuh semua, target kita untuk mencapai keahlian sebanyak 1000 ahli sebelum akhir tahun 2008 mesti kita capai. Tahniah kepada AJK unit negeri masing-masing yang saya nampak telah tekun berusaha bergerak mencari ahli di tempat masing-masing. Segala pengorbanan yang telah dan akan anda buat tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,
Kita juga akan berusaha menjalankan aktiviti kelab dan sebagai permulaan, AJK terlibat akan mulakan aktiviti dengan penjualan T-Shirt kelab dan sticker kereta dan motor. Diharap semua ahli dapat menolong membantu dengan menyokong membeli barangan tersebut demi untuk kelab ini.
Akhir kata, terima kasih kepada yang telah menjadi ahli dan besar harapan saya agar semua pihak dapat bekerja bersama-sama AJK kelab ini untuk mencapai objektif pertama iaitu 1000 ahli berdaftar Kelab RAM. Moga semua kita diberkati oleh Allah S.W.T dan terus mendapat hidayahnya.
Wassalam
UIAM 10.27am

Share:

6 Ulasan

  1. Mang aihh.......

    Penuh gambar tu beb

    BalasPadam
  2. wooooo ... betul2 cam perutusan di raja kerajaan Tanah Rencong!!! Tabik Hormat semerrrrrr ....

    Gambar tu .... wooooooo ... cam gambar Agong sehhh!!! ... Kalau berbingkai emas gambar ni .... sah sah muke cam President Bambang!!! Seyes cakap ....

    Okie ... kami askar2 tuanku akan gerak gempurr supernova tahap "Dewata Yuverda" tuk carik ahli sampai ribu lemon!!!!!

    Team2 Sunan Semer ... akim Sadik, Dato Dani, Budak Hutan Djailuh ... siap sedia .... Biar beta mengetuai angkatan Tanah Rencong ini!!!! muhahahhahaha (gelak keji suci Manggala)

    Team Haryani laks ... siapkan bekalan tuk yayang2 kalian semua yg nak kuar berjuang!!!! (tuk empat yayang utama beta ... bekalan beta dah ready loom?)

    (papa web, kamben panggang jg lupe)

    LASTLY ... TERIMA KASIH

    Salam Keikhlasan
    -THE DEVIL BESIDE YOU: THE DARK SIDE OF ME-

    BalasPadam
  3. amboi mielong........
    ada gaya yb or yg dipertua dewan ramfc ni he3......

    cpt sape nak framekan n gantung kat ruang tamu...

    BalasPadam
  4. sama2 kita majukan RAMfc..

    BalasPadam
  5. salam persaudaraan tuan presiden...

    teruskan mencintai karya2 agung tuan ramlee awang murshid...
    saya menyokong perjuangan beliau......

    BalasPadam
  6. gambo 2 really like a pro..kalo bg kt politician, msti dia amik bwt menteri

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin