Selamat Hari Lahir Ramlee Awang Murshid
Saya berkesempatan bertemu dnegan penulis kegemaran kita ini sehari sebelum hari lahirnya. Sayang saya terlupa ketika itu. Mungkin terlalu teruja kerana akhirnya berjaya mendapatkan Personal Justice dan Igauan Maut. Maad pada rakan-rakan yang lain, ini hanya cenderahati ikhlas saudara Ramlee pada saya. Saya juga lebih suka mendapatkan sendiri tapi orang kata rezeki jangan ditolak. Penghargaan begini sangat buat, lebih-lebih lagi dari saudara Ramlee sendiri.
Pada 4 November semalam, genaplah usia saudara Ramlee Awang Murshid sebanyak 41 tahun. Dengan deretan novelnya yang hangat di pasaran dan kelahiran novel Inggeris pertama beliau. Kami semua di RAMFC mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk abang Ramlee. Semalam juga abang Ramlee telah dianugerahkan anugerah kualiti di tempat beliau berkhidmat sekarang iaitu di RTM. Menurut beliau ia adalah anugerah yang bermakna untuk beliau setelah beberapa tahun berkhidmat di RTM dan lebih-lebih lagi diperolehi sempena dengan hari lahir beliau. Mari lihat gambar dikirim oleh abang Ramlee pada kami moderator RAMFC.
Akhir sekali untuk saudara Ramlee terimalah kad hari lahir yang direka oleh saudari GC khas untuk tatapan Abang Ramlee dari beliau. Kami di RAMFC akan terus menyokong segala karya-karya saudara dalam mana-mana bahasa sekali pun. Semoga sukses dan terus bahagia di samping keluarga yang tersayang.
Tags:
Ramlee Awang Murshid
12 Ulasan
wow kak elle. nk pinjam igauan maut leh x? teruja..
BalasPadamElle, tak aci!
BalasPadamelle aje yg dapat free....apalah abg ram nie...
BalasPadamnak igauan maut jugakkkkkkkkkkk
BalasPadamTahniah Abang Besarrrrrrr (bersin) "abang ipar" .... muhahhahahah
BalasPadamSalam Keikhlasan
-Kucing Parsi Lentok-
Aku rasa si kucing parsi ni kita bleh cari la.. aku mcm pernah jumpa.. jaga ko frod, aku cari smpi dpt nti.. :)
BalasPadamakim jgn lupa akak ek........
BalasPadamcoz akak nak join jugak masa pencarian 2 tau he3
Tahniah abg RAM....
BalasPadamTerima Kaseh Elle sbb posted kad bday tu :p
><(((:>GC<:)))><
orait, kita sama2 bongkarkan identiti si frod ni, mcm dlm tangisan berdarah tu, ye ke roselia tu pontianak.. jom kita siasat.. wartaweb oshoot, xnak join ke? haha..
BalasPadambersungguh2 korang nie!! hui takut beta..
BalasPadamapahal nie...berangan jadi ratna ke...hallo ratna dah ada kat sini...abg ram dah confirm yg betalah ratna sebenarnya...
BalasPadamhaha, kak elle ke ratna kenchana dewi dalam anugerah skrin tu? ayoyo, oh my gosh.. haha..
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.