perutusan akimsensei @ sadik


Bismillahirrahmanirrahim..

Salam bicara pembuka kata, salam dunia kita leraikan buat semua..

Tiada bicara yang dapat kita titipkan selain untaian terima kasih, syukran, thank you, xie xie, arigato gonzaimas yang tak terhingga buat semua ahli RAMfc yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras dengan sepenuh hati untuk memastikan RAMfc berada di tahap yang sekarang ini. Harapan kita ialah agar RAMfc akan lebih berjaya pada masa akan datang. Marilah kita bersama-sama menjulang cita-cita agar matlamat terdekat RAMfc untuk mencapai 1000 orang ahli tercapai. Kita teramatlah kagum kepada jentera-jentera RAMfc yang amat bersemangat sekali dan sanggup mengorbankan masa dan ketika untuk memeriahkan blog RAMfc ini. Dan kita turut melahirkan penghargaan kepada Abang Ramlee sendiri yang tidak jemu-jemu singgah dan melayan ahli RAMfc yang seribu latarbelakang, seribu karenah, seribu kisah, seribu wacana dan pelbagai lagi di blog ini. Kepada founder @ perintis RAMfc iaitu Kak Elle @ Ratna, teruskan tunjuk ajar untuk kita semua ahli RAMfc menyumbang untuk kelab ini. Doa kita semoga impian RAMfc untuk masa-masa akan datang akan tercapai dan mungkin kita boleh menjadi wadah untuk peminat RAM mendapatkan karya beliau secara online.

trilogi bermula bagaikan puteri
tengahnya kisah cinta sang ratu
akhirnya terbuka hijab sang pencinta
duhai semua taulan penyeri
marilah bersama kita bersatu
menyerikan RAMfc kasih tercipta

Nampaknya, tagline untuk RAMfc pun masih lagi belum dikonklusikan. Setakat ini, Rakus Aku Mencari Fantasi Cerita oleh Kak Teja ke Kak Sueonn tah, den dah tak ingat, sentiasa di ingatan kita. Ramai yang cuba mengubah, membelit, menciplak, menggosip sehingga terhasil pula versi Rakus Aku Mencari Firasat Cinta. Miahaha, boleh la, siapa-siapa yang ada idea untuk tagline RAMfc, bolehlah tinggalkan kesan di ruangan komen, okai.

trilogi bermula tombiruo
tengahnya semangat hutan
akhirnya tombiruo terakhir
marilah kita, ayuhlah ayo
dari utara hingga selatan
berjuang tiada akhir

Untuk pengetahuan semua, pada 29 dan 30 Nov ini, kita akan berkunjung ke Kuantan, Pahang untuk bersiar-siar menghirup udara Pantai Kuantan, sengaja melarikan diri dari kesibukan kota raya Kuala Lumpur. Selajur dengan itu, kita amat berharap dapat bertemu muka dengan Kak Illa @ Mia Sara dan Kak Teja yang selama ini menjadi peneman setia blog RAMfc. Kalau Dato Marsani @ Ali Abdullah Miyakoto Sakurai ada sekali pun okey gak, taklah kita yang sememangnya pendiam ini bertambah diam. Miahahahaha.

novel pertama igauan maut
novel kedua judulnya pei pan
novel ketiga anugerah pertama
ayuh jangan terus melangut
marilah kita maju ke depan
carian google tempat pertama

Akhir kalam, suka kita mengungkap kata-kata Lipin dalam Igauan Maut, "apa kerja pun sama, yang penting betul-betul MAHU bekerja." Marilah kita bersama-sama memastikan RAMfc terus Rasional, Agresif dan Maju dalam kita mencapai misi RAMfc untuk merapatkan ukhwah di kalangan peminat-peminat novel Ramlee Awang Murshid. Suka sekali lagi kita mengingatkan semua untuk sama-sama MAHU menggembleng tenaga untuk mencapai target kita 1000 ahli pada akhir tahun ini. Semoga setiap titis peluh yang mengalir atas usaha ini mendapat imbalan pahala kebajikan di hari kemudian.

Sekian, wassalam.

p/s: Maaf kiranya gambar kita di atas melampaui batas tombiruo semangat hutan. Kita sedang beraksi bergayut di monkey rack time tauliah palapes dulu. Time ni jugalah spek mata kita jatuh entah ke mana. Terpaksa menembak M16 secara membabi buta, nasib baiklah tangan kita sesniper Hilman Personal Justice, kelima-lima butir tepat ke sasaran mendapat mata. Miahahaha gelak macho Laksamana Sunan. Pesan terakhir kita buat Frodot, dimanakah gerangan mini ketiga mu, dah lama den xnampak kat RAMfc ni, majuk lg ke Frodot? Miahaha, mini terlebih ramai sampai tak sempat nak pujuk. Cepat gi pujuk, tak baik gaduh lama-lama kan ;)

Share:

2 Ulasan

  1. Salam sahabatku Sadik ...

    Kita Sunan datang membawa salam penuh Taqzim dari ayahanda dan bonda kita serta bibik kita untuk semua marga RAMFC ini...

    Hingga saat ini, kita sunan masih tidak mampu mneyusun kata merangkai madah bicara untuk memujuk hati yang satu lagi ... apa yang terdaya kita sunan lakukan saat ini ialah memberi ruang kepadanya ... sama juga spt ruang yg dberi pd princess kita

    kita teringin nak buat mushaf, tapi x tahu nak "kopi & pasta" dari mana lagi ... sudah kehabisan akal dan daya ... apa yang penting, berikan sahaja masa buat keduanya ...

    bibik kita pernah kata, "masa itu, penyembuh luka & sakit yang paling mujarab dan ampuh ... namun parutnya pasti ada" (dlm slang indo) .... kuikuikuikui, muhahahha ...

    Semoga segala usaha RAMFC akan menemui jalan yg lurus & tercapai akhirnya ... gandakan usaha & berbaik sangka lah sesama kita semua ... (Jangan ada bicara disebalik tabir, ummi kita tak suka) ~ andai ada yg rasa kurang senang, bicara secara berhadapan ... banyak perkara spt ini membawa padah pada satu2 kumpulan ~ ikhlas kita sunan meminta.

    untuk terakhir aksara ni, jom kita fight da moon light! muhehehehe

    p/s: wa seh .... kamu nampak perkasa sahabatku sadik ... bergayut d palang itu. (aksi gayut terlampau d monkey rack) mihiahiahiaihaia ... kuikuikuikui

    chop100x .... "akim^sadik" - kamu tetap sahabat kita!!! "apa sudah pikir tentang menikah?" ~ uik, ni soklan djailuh kat sunan kan .. xper, belasah kaw kaw kaw jek lerr! andai sudah, kirimkan kabarnya .... mihiahiahiahia! HIDUP OREN! HIDUP OREN! HIDUP OREN!

    Salam Keikhlasan
    -Purnama Tanah Rencong Frodo-

    BalasPadam
  2. saya pun pening kepala nih nak menambahkan ahli di sabah. nanti akan dipikir dan diusahakan bagaimanakah caranya. mungkin kena ada diskusi sket ngan budakhutan kot. sasaran masih jauh, baru 61 drpd 1000, waduh bisa sakit kepala gini! (ikut sleng bibik frodo)

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin