Mencari Ilham


Assalamualaikum... dan salam sejahtera...

Berbulan sudah aku tidak mencoretkan sebarang kalimah di sini. Hanya sempat untuk meninggalkan jejak di ruang kotak bicara. Tetapi aku tetap cuba untuk sentiasa membaca dan mengetahui perkembangan terkini blog kelab peminat RAM ini. Terima kasih kepada Kak Elle dan rakan-rakan moderator yang bekerja keras untuk membangunkan kelab peminat novelis terkemuka tanah air , saudara Ramlee Awang Murshid.

Tentu semua ternanti - nanti novel yang seterusnya daripada Ramlee Awang Murshid dengan tajuk "MIKHAIL - bukan sekadar sebuah nama"

Wah, kenapa MIKHAIL ? mari kita cuba selidik.

Seperti yang kita tahu , terdapat malaikat yang bernama Mikhail . Apakah peranan dan tugasnya? Mikhail ditugaskan untuk menurunkan sesuatu yang berkaitan rezeki seperti mengatur angin dan petir , kesuburan tanah dan sebagainya. Itu dari perspektif kita sebagai muslim. Kalau dikaji dengan lebih mendalam ( gali...hehehe) Mikhail atau dalam bahasa inggerisnya Michael juga terdapat dalam kepercayaan kristian dan kebudayaan / sejarah / mitos Eropah lama.

Di dalam kitab dan mitos atau lagenda itu , Mikhail dikatakan adalah "field commander of the Army of GOD". Juga termasuk di dalam kitab Zabur , Mikhail adalah putera yang mengetuai tentera untuk memerangi tentera dari kuasa gelap yang diketuai oleh Belial. Di dalam lagenda lama Persia , juga menyatakan Mikhail (Michael) telah menundukkan naga dan banyak membantu dalam peperangan - peperangan menentang kegelapan. ( terbayang la pulak cerita Lord of the Ring... ces, mana Frodo?)

Kalau hendak dikorek memang banyak kisah dan cerita berkaitan Mikhail , tetapi tidaklah dapat dipastikan pendekatan dan penceritaan mana yang akan disampaikan oleh saudara RAM. Setakat ini , apa yang boleh aku nyatakan ialah...

kita hanya boleh menunggu...

Share:

6 Ulasan

  1. bukan michael jackson ke? kah2

    BalasPadam
  2. betul.....yang pasti semua peminat Ramlee Awang Mursyid pasti x sabar menanti kehadiran novel MIKHAIL di pasaran...dan pastikan MIKHAIL akan menjanjikan kpuasan dan kelainan kepada pembaca.INSYAALLAH....

    adakah Ramlee Awang Mursyid akan menggunakan hijab atau selubung dalam watak-watak dalam novel MIKHAIL seperti yang terdapat dalam novel Trilogi Tombiruo, Trilogi Bagaikan Puteri dan Igauan Maut??????

    Sama-sama kita nantikan kemunculannya................

    huhuhuhu....

    BalasPadam
  3. aku ni mmg peminat ramlee sejak tahun 2001 ag...first novel aku baca Mandatori...mmg mantap la..tp bagi aku plg bez ialah ADAM...cma,skrg ni aku blajo kat oversea(jordan)...cmne ek aku nk dptkan buku tuh???

    BalasPadam
  4. DarlingElle~ mungkin kali.. tak pun michael angelo ( yang ninja tetel )...

    Fyena~ Mungkin penceritaan dan pendekatan yang lebih kurang sama... berbentuk dakwah tersirat / tersurat...

    Arthas~ Saudara/ri kitaorang bleh tolong untuk membelikan buku tersebut dan membuat kiriman... untuk RAM pasti bleh

    BalasPadam
  5. betul tu arthas.....bak kata budak hutan..bulih bah kalo kau...hehehe...

    BalasPadam
  6. Ahaks Fyena...bulih bah...

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin