Bahagian ketiga Ungu Karmila, sukar untuk saya berhenti membaca

Bahagian pertama agak hambar. Namun ia penting sebagai pengenalan kepada sejarah Vila Sunyi dan bunga Ungu Karmila. Pendekatan berlainan dari novel-novel terdahulu Ramlee menampakkan kejayaan. Penulis berjaya menggarap plot dan menjalin peristiwa di Vila Sunyi dengan amat baik. Bait-bait pendek dan mendebarkan. Bahagian ketiga ini menyukarkan saya untuk memberhentikan pembacaan saya.
Satu kekuatan Ramlee dalam novel ini beliau berjaya ‘menipu’ pembaca. Salah satu ialah plot yang dinukilkan selepas kejadian ngeri di mana semua pemburu hantu mati di Vila Sunyi. Saya berjaya ‘ditipu’ oleh Ramlee dengan watak Dr Ismadi bercakap-cakap dengan Ema, walhal pada waktu itu Ema sudah mati! Saya sedar watak Ema mati apabila kembali merujuk kejadian “tengkok Ema terlanggar salah satu tiang tangga semasa jatuh tergolek dari tingkat atas.”
Dalam pada itu, ungkapan “Ia makan untuk hidup tetapi ia tak pernah minum” menjadi satu misteri tersendiri. Saya mencari-cari apa maksudnya sehingga hampir ke penghujung cerita. Di situ baru jumpa.
Gabungan unsur mistik dan kajian sains moden di bahagian terakhir novel ini berjaya dijalin dengan menarik oleh Ramlee. Di sini Ramlee cuba untuk mengaitkan kejadian hilang akal, gila dan halusinasi beberapa watak dengan kajian terhadap bunga Ungu Karmila oleh Dr Ismadi. Penulis berjaya mencipta plot bahawa kejadian aneh dan unsur mistik itu boleh dijelaskan dengan penemuan sains.
Beberapa ralat, saya kira, adalah seperti berikut:
1) Halaman 203: “BADO senang mendengar impian Kamarul yang serba kekurangan itu.” Sepatutnya bukan BADO tetapi DINO.
2) Di kulit belakang, ada dinyatakan Vila Sepi, tetapi di halaman dalam pula semuanya merujuk kepada Vila Sunyi. Silap taip mungkin?
Walaupun begitu, ralat di atas tidak pula mencacatkan ‘debaran’ yang Remlee paparkan!
Tags:
Ulasan novel
4 Ulasan
"ia makan untuk hidup, tapi tak pernah minum" saspennye nk tau jawapan teka teki ni. mana la abg ramlee dapat idea ni. yg best psl novel abg ramlee, setiap novel lain temanya. dan setiap tema digabungjalin dgn peristiwa semasa. mcm ungu karmila ni, time ni orang kampung den bernama PAKLAH tgh gigih promote bioteknologi dan cadangkan setiap universiti mesti menceburi bidg ni. congrats abg ramlee untuk novel2 yg tidak pernah sunyi dari gelojak thriller yg mendebarkan. congrats gak buat alaf21, kalau boleh, aim for 'zero typo/error' setiap kali keluar novel baru. mengganggu je mood den nk baca. haha.. salam bahagia untuk semua. hidup mesti berani terima kenyataan, mental mesti kuat! roger.
BalasPadamtypo tue berlaku mungkin dek kerana keghairahan untuk menerbitkan novel terbaru RAM secepat mungkin tanpa menitikkan soal 'accurancy'. Tapi ia dapat dimaafkan kerana menjadi pengajaran pada pihak penerbit apabila penerbitan novel HSP dititik beratkan dalam pelbagai aspek. Namun bagi saya masih boleh dihayati dengan baik dan masih suspen seperti biasa.
BalasPadamPenghayatan si penulis dalam menyampaikan maksud yang sebenar kepada pembaca amat penting. Tetapt keberhasilan penyampaian si penulis itu selalunya bergantung kepada pemahaman si pembaca.
BalasPadamSo, to me it's a win-win situation for both.
However, penerbit also need to be more sentitif on these issue.
Thank WS untuk ulasan.
Just a comment - GC-
btw, selepas ungu karmila, hijab sang pencinta kuar. almost perfect. dgn cover yg cantik gile, citer yg best gile, memg berbaloi la den beli bagi hadiah tuk kwn2 den yg kawin. nk dpt diskaun lebih, kene pandai cari port. yg area kl, bleh kamceng ng abg web, sambil2 tu cucuk2 la jarum tanya kt kedai mana bleh dpt diskaun byk. xpn, gi open house rumah abg web sok malam, mana nk tau kot2 ada 'berkat' dpt novel free ke, bleh pinjam novel dr rak yg besar tu ke.. tp jgn lupa bawa buah tgn tuk anak abg web skali, kalu bawa kek lg best, my feveret tu.. :)
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.