Report Lauching HSP No.1 dari Moderator RAMFC Suhaimi

 * Artikel ini dipetik dari google group topic Report Lauching HSP No.1 oleh Moderator RAMFC saudara Suhaimi.

Assalamualaikum semua,

So sebagai memenuhi permintaan ramai berkenaan dengan launching ceremony Hijab Sang Pencinta di Hotel Singgahsana PJ, maka dengan ini aku akan melaporkan buat semua apa yang aku nampak dan rasa di majlis tu.

Perjalanan aku bermula dari rumah mentua di Klang jam 2.10pm dan terus memecut ke Hotel Singgahsana yang belum tahu dimana lokasinya. Rasanya mcm tahu tapi tak berapa nak tahu kot. Telefon cik Syeila kat mana tempat dia pun suruh tgk kat Web. Lagila aku tak tau, tapi tak pe aku akan berusaha jugak pergi meredah lautan kereta di federal highway.

Sampai kat simpang Hilton tu aku dah jadi gagap nak simpang ke kiri atau ke kanan. Last ambik ke kiri la nak pi Seksyen 14, rasa2 konon macam dekat2 situ. Pusing punya pusing haram tak jumpa pun. Last terus tanya abang telekom yang baru parking. Dia cakap dkt ngan lrt taman jaya or dekat gak ngan hilton. Nendia............. aku dah mengelabah dah. Lambat dah aku ni. Nanti makan serdak je la, dengan RAM dah balik tak dan nak jumpa semua geng RAMFC pun dah blah. Hati aku dah cuak gila beb. Nak marah bini sebab lambat tadi bersiap pun mcm tak fair lak. Aku pun lambat bersiap gak. Last-last sampai kat gate parking Hotel Singgahsana, ada la kertas tulis Alaf 21 launching 2.00pm. Bini aku lak nak anginkan aku haaaaa da habih program. Jom la balik. Aku tak patah semangat. Terus masuk ke dalam dewan jugak2.

Maka masuk la aku, first mesti jumpa nan registration counter. Bila cakap dari RAMFC.... aweksss2 tua tu mcm tercengang lak. Tapi last depa bagi gak masuk dan aku terus meluru ke tempat duduk yang boleh duduk di mana sahaja. Bila sampai nampai bro ritchie rachman yang ala2 pondan sikit tengah berucap. Well nasib baik program belum start lagi. Tapi aku dok tunggu gak syeila and syarifah kot2 perasan kehadiran aku. Sambil tgh layan lagu siti nurhaliza yang dinyanyikan oleh mek diana (ntah nama betul ke tak sebab itu yang di panggil. Pls ceck gambar). Last2 kami berjumpa kat satu table yang dah disetup untuk makan2. Dekat situlah aku berkenal-kenalan ngan Syeila (Group Owner RAMFC) dan Syarifah (RAM group member). Hanya 3 orang ni je yang mewakili group kita. Sedih.... kalian tak hadir sekali walau stok tempat untuk RAM FC je ada 10 kerusi. Sayang............ sebab group Alaf21 FC pun datang gak ramai2. Tambah novelis2 lain yang aku tak kenal nama ponggg. Yang kenal hanya RAM sorang ja.

Dalam masa dok berkenal-kenalan tu tiba-tiba Ritchie Rachman ni mai interview sorang kami kat table. Bila tanya dari mana jawab la RAM FC. Semua macam ternganga sikit la. Sebab apa tau, sebab novelis lain maybe tak ada yang buat fan club macam ni dan terus berhubung dengan novelisnya. Bila selesai ritchie tu bertanya itu ini maka tuan besar Alaf 21 En norden datang cari Syeila nak berbincang. So kami 3 orang, aku, syeila and syarifah berbincang tentang arah tuju kelab kita ni. Bab tu biar cik syeila kita sendiri yang akan bentangkan. Takut nanti melebih lak.

Program tak start lagi nih sebab Puan Ziela Jalil, si perasmi belum sampai. Bayangkan tengok sepatutnya ketibaan dia dalam jam 3pm tapi jadi 4 lebih kalau tak silap. Haiyaaa... time management. Hahahah kata kat orang aku pun terlebih sikit ja.

Anyway program pun start dengan ucapan aluan oleh pengurus besar Alaf 21 En Nordin. jgn terkejut dia ada sebut tentang group kita ni yang dia tahu hanya satu-satunya yang ada fan club mcm ni. Dia berterima kasih banyak kat Cik Syeila dan semua ahlinya. Tehn tiba ucapan oleh En RAM, sama jugak dalam ucapan berterima kasih kepada group kita ni. hahahahaahah aku puassssss!!!!!!!. Berbaloi gak datang dan ambik cuti hari ni.

Last ucapan perasmian oleh Puan Ziela Jalil. Yang ni tak nak komen banyak2 takut kena kerat lak nanti.

Gimik adalah pergaduhan yang entah apa-apa aku rasa sebab yang aku dengar bunyi Cis Bedebah!!!!!!!!!!!!!! lepas tu bergomol. Aku try shoot tapi banyak tak jadi gambarnya. Fedup gak. Dan last sekali adalah upacara potong reben kot nak tunjuk trilogi bagaikan puteri.

Fuh penat.......... nanti sambung ngan upload gambar. Penat weihhhhhhhhhhhhhh.

--
http://blogs.iium.edu.my/suhaimilong/
http://mielong.multiply.com/
http://friendster.com/mielong/

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin