Bersempena dengan Filem Tombiruo, Grup Buku Karangkraf melalui label Buku Prima telah menerbitkan dua buah naskah EDISI TERHAD bersempena Filem Tombiruo.
TOMBIRUO TRILOGI
Naskah pertama adalah koleksi emas untuk peminat setia Ramlee Awang Murshid yang berharga RM399.00 . Buku ini berjudul TOMBIRUO TRILOGI yang mengandungi tiga buah novel dari siri tombiruo yang berjudul TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA, SEMANGAT HUTAN & TOMBIRUO TERAKHIR. Selain mengandungi tiga novel juga terdapat Bab Awal sambungan untuk trilogi ini yang berjudul TOMBIRUO LEGASI. Turut dipaparkan Biodata Penulis. Buku seberat 4 Kg dan bersaiz A4 datang dengan sijil khas serta bernombor siri. Setiap bab mempunyai Ilustrasi menarik.
RAMFC melalui stor kelab peminat ini iaitu RAMFC STORE menawarkan opsyen pembayaran tunai, kredit kad dan ansuran tunai untuk memudahkan pembelian para peminat. Untuk membuat belian sila layari www.facebook.com/RAMFCStore
Setakat ini hanya 100 buah buku sahaja telah dicetak. Jadilah antara pemilik edisi emas ini.
TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA - EDISI KHAS COVER FILEM
Naskah kedua ini pula adalah edisi khas dengan cover filem yang mengandungi novel TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA dan juga 16 muka surat DI SEBALIK TABIR FILEM TOMBIRUO.
Naskah ini hanya dicetak 5,000 ribu naskah sahaja! Dijual sepanjang tayangan Filem Tombiruo.
KELAB PEMINAT NOVELIS THRILLER NO.1 MALAYSIA - RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB INGIN MENGAJAK AHLINYA MENONTON FILEM TOMBIRUO BERSAMA-SAMA!
TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA - TINGGAL 10 HARI SAJA LAGI SEBELUM MENEMUI ANDA DI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA. JOM TONTON TRAILER FILEM INI?
MENARIK? RUNUT BUNYI FILEM INI BERJUDUL RIBUT HATI JUGA TELAH DILANCARKAN!
BAGAIMANA? TERUJA?
Apalagi, jom tonton sama-sama pada 12 Oktober 2017 di pawagam seluruh Malaysia atau pun menonton bersama RAMFC pada 8.30 malam, juga pada 12 oktober di tempat berikut:
Untuk mendaftar sila hantarkan nama, no telefon dan bilangan tiket ke melalui aplikasi Whatsapp & Facebook messenger dengan klik link berikut:
Yuran pendaftaran hanya RM30.00 sahaja! Inilah gathering TERBESAR RAMFC! Mari kita TONTON FILEM DINANTI NANTIKAN INI!
RAMians setakat ini telah penuhkan tempat di GSC Mid Valley & GSC Aeon Bandaraya Melaka! Jadi jom RAMians yang berada di Pulau Pinang, Perak dan Sabah, kita penuhkan pawagam 12 Oktober ini!
Jom ramai-ramai ke pawagam seluruh tanahair pada 12 Oktober ini!
Belum pun sempat Tombiruo hadir di pawagam, produksi Ideate Media dengan yakin melangkah menghasilkan adaptasi seterusnya dari Novel Karya Ramlee Awang Murshid berjudul MANDATORI.
Dengan diterajui oleh Aeril Zafril yang akan membawa watak Norman dan Siti Saleha sebagai Juliana, mampukah mereka melayarkan karya psiko thriller ini dengan jayanya. Aeril Zafril sendiri dari laman instagram cuba menghadam karya ini dengan membaca Naskah Novel Mandatori dan selain sering membuat perjumpaan dengan Novelis Thriller No.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Sungguh mengujakan juga, Aeril Zafril juga dikenali oleh RAMians sendiri sebagai peminat tegar watak Sunan. Beliau akan mengemaskini laman instagramnya setelah selesai membaca mana-mana karya Ramlee Awang Murshid. Beliau juga dilihat pernah menamakan salah satu koleksi jubah dari jenama sendiri dengan nama Sunan.
Antara salah satu calon Laksamana Sunan pilihan peminat karya Ramlee Awang Murshid, cabaran Aeril Zafrel untuk memegang watak Norman dilihat lebih mencabar. Ini kerana novel psiko thriller ini mengupas satu watak dengan pelbagai nama dalam satu perjalanan hidup yang mungkin dilalui oleh manusia di luar sana. Tidak pasti jika Aeril Zafrel akan membawa ke semua watakdalam novel ini, paling dikenali ialah Carlos yang akhirnya akan dikenali sebagai Bilal Piut.
Dari maklumat yang kami terima, novel ini hanya akan berada di kaca televisyen bukan di pawagam. Tapi mungkin siarannya berbayar. Mampukan produksi MANDATORI mengilhamkan cerita ini sebaiknya? Sama-sama kita nantikan.
Apa pun, kami di RAMFC mengharapkan satu adaptasi terbaik dan adil bukan sahaja untuk sifat komersial industri seni tapi juga untuk kesamaan dari naskah yang diharapkan oleh para peminat Ramlee Awang Murshid. Yang pasti, kami tidak mahu melihat satu hasil yang hanya melepas batuk di tangga. Jadikan kami para peminat Ramlee Awang Murshid sebagai cabaran kepada produksi untuk menghasilkan karya ini walaupun bukan 100% sama tapi sebaiknya 100% lebih jitu dari adaptasi novel yang lain.
Kami paparkan di sini Sinopsis Novel MANDATORI,
Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.
Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!
RAMFC pernah mengulas novel ini, sila klik link berikut untuk membaca ulasan dari Budak Hutan.
Tayangan Filem Tombiruo telah diumumkan secara rasmi minggu lepas.
RAMians cukup menviralkan filem ini. Sudah tentu filem ini adalah filem adaptasi paling ditunggu-tunggu. Setelah pelbagai filem dan drama adaptasi menjadi pilihan ramai.
Poster-poster yang dipaparkan juga setakat ini sangat mengujakan dengan susuk Tombiruo begitu menarik.
Walaupun teruja, RAMians ingin melihat versi filem yang dicanang-canangkan lokanan mantap Zul Ariffin. Zul Ariffin baru saja hit dengan Filem J Revolusi seperti mahu melihat tahun ini milik beliau.
Tidak bagi pengikut Ramlee Awang Murshid yang mahu filem ini diangkat sinonim dengan Penulis Thriller No 1 Malaysia ini. Dengan sokongan padu Kelab Peminat novelis ini, RAMians bakal ke pawagam tempatan menunjukkan tanda sokongan tidak berbelah bahagi. Bak kata Tombiruo 'Araimaiti'.
RAMFC merencanakan sesuatu untuk RAMians. Jom ramai-ramai ke pawagam 12 Oktober 2017.
Igauan Maut kini masuk cetakan ke-4. Masih lagi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Igauan Maut pernah menjadi Novel Langka sukar dimiliki oleh para peminat Ramlee Awang Murshid. Ini kerana novel ini karya pertama Ramlee Awang Murshid yang diterbitkan pada tahun 1995. Karya ini diterbitkan setelah beliau memenangi Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992.
Hanya pada tahun 2013, novel ini memasuki cetakan ke-2. Ini adalah inisiatif Ramlee Awang Murshid Fan Club yang tidak jemu memohon pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka mencetak semula novel ini. Kini novel ini telah memasuki cetakan ke-4, namun setiap cetakan sangat terhad dan lebih menarik setiap cetakan mempunyai kulit buku (cover) yang berbeza.
Jadi kepada RAMians belum memiliki karya sulung Ramlee Awang Murshid ini, boleh menempah sekarang melalui www.facebook.com/RAMFCStore . RAMFC Store ada menyimpan stok terhad dan jualan pada harga RM25 (termasuk pos seluruh Malaysia).
Kepada mengumpul koleksi karya Ramlee Awang Murshid, jangan lupa dapatkan cetakan ke-4 dengan 'Cover' terbaru. Barulah lengkap koleksi karya RAM anda!!!
Kepada tertanya-tanya novel ini mengisahkan apa? berikut adalah sinopsis novel ini.
Sinopsis Igauan Maut.
Sebuah novel suspen
yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku
pada September 1963. Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada
sepasang mata yang beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan
selaut darah dan nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus
maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusian dan kasih
sayang yang baru tumbuh dibunuh. Segalanya hilang dalam memerangi badai
emosi yang mengganas.
Anda juga boleh baca ulasan novel ini pernah dipaparkan di laman ini. Sila klik link berikut:
Hubungi (019-6907183 - Iena ) untuk perkhidmatan penghantaran bunga dan coklat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
Perhatian!
Kepada ahli ahli RAMFC dan terutamanya followers blog ramfc, kami di RAMFC mengalu-alukan sumbangan artikel mengenai RAM dalam apa jua bentuk sama ada ulasan novel, pendapat atau gambar yang ingin dikongsi bersama ahli di laman ini, kami akan terbitkan artikel anda dan kepada yang mempunyai blog atau website, semua sumbangan anda akan dipautkan kepada blog atau website anda. Semua sumbangan boleh di emailkan kepada admin.ramfc@gmail.com .
Ruangan Ahli RAMFC Minggu Ini masih di alu - alukan kepada ahli-ahli yang berminat, sila hantarkan butiran anda dan kenapa meminati RAM di admin.ramfc@gmail.com . (Sila lihat contoh terdahulu di sini)