Tayangan Filem Tombiruo telah diumumkan secara rasmi minggu lepas.
RAMians cukup menviralkan filem ini. Sudah tentu filem ini adalah filem adaptasi paling ditunggu-tunggu. Setelah pelbagai filem dan drama adaptasi menjadi pilihan ramai.
Poster-poster yang dipaparkan juga setakat ini sangat mengujakan dengan susuk Tombiruo begitu menarik.
Walaupun teruja, RAMians ingin melihat versi filem yang dicanang-canangkan lokanan mantap Zul Ariffin. Zul Ariffin baru saja hit dengan Filem J Revolusi seperti mahu melihat tahun ini milik beliau.
Tidak bagi pengikut Ramlee Awang Murshid yang mahu filem ini diangkat sinonim dengan Penulis Thriller No 1 Malaysia ini. Dengan sokongan padu Kelab Peminat novelis ini, RAMians bakal ke pawagam tempatan menunjukkan tanda sokongan tidak berbelah bahagi. Bak kata Tombiruo 'Araimaiti'.
RAMFC merencanakan sesuatu untuk RAMians. Jom ramai-ramai ke pawagam 12 Oktober 2017.
Admin belum sempat berkongsi cerita mengenai sidang media Filem Tombiruo yang diadakan pada 19 Ogos 2016 di The Roof Bandar Utama. Namun video liputan kami sudah siap, jadi kami mengambil peluang ini untuk memaparkannya untuk tontonan umum.
Video dirakam oleh jurufoto RAMFC, Muhamad Hadi dan para pelakon ditemuramah oleh admin RAMFC Noni Zainuddin.
Berikut ada siaran media dari pihak penganjur.
‘PENANTIAN TOMBIRUO KE LAYAR PERAK BERAKHIR!‘
Kuala Lumpur, 19 Ogos 2016 – Kebelakangan ini banyak filem tempatan berjaya membuka mata penonton sekaligus mengembalikan kepercayaan khalayak ramai terhadap industri perfileman tempatan. Malah, kejayaan itu turut menyuntik semangat kepada penggiat seni untuk berani menghasilkan pelbagai genre filem agar penonton tidak dimomokkan dengan hanya satu konsep cerita yang mendatar.
Mengorak selangkah lagi dalam cabang industri, sebuah filem bertajuk Tombiruo yang merupakan adaptasi karya novelis thriller terkenal dan prolifik tanah air, Ramlee Awang Murshid, ‘Tombiruo : Penunggu Rimba’, bakal diangkat ke layar perak dengan terbitan yang menggabungkan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan. Projek ini merupakan kali pertama keempat-empat syarikat ini menjalinkan kerjasama untuk sebuah filem.
Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, yang juga merangkap selaku agensi pengedar dan pemasaran bagi filem ini, “Tombiruo menyaksikan sebuah filem yang sarat dengan aksi, elemen kekeluargaan serta memaparkan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia yang jarang dipaparkan di dalam filem tempatan. Selain itu, filem ini disokong oleh tenaga produksi yang berpengalaman luas dalam pembikinan filem dari dalam dan luar negara serta barisan pelakon handalan tanah air yang diakui mampu menjiwai pelbagai watak. Kami percaya kombinasi ini mampu menjanjikan filem ini akan mempunyai identiti uniknya tersendiri. Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan produksi Layar Sunan untuk menjayakan filem Tombiruo ini. Kami sudah bersedia membuat percaturan dalam merangka promosi bagi filem ini agar ia mampu membuat peminat dan penonton teruja. Astro Shaw berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan menerusi projek-projek lain di masa akan datang.”
Filem yang berlatar belakangkan negeri Di Bawah Bayu ini yang telah memulakan pengambaran pada 31 Julai 2016 di sekitar Lembah Klang dan Sabah. Bagi menghidupkan lagi suasana dan menjadikan filem ini lebih simbolik, Tombiruo telah melalui persediaan yang menakjubkan, antaranya set lokasi yang mengetengahkan keindahan alam semula jadi di Malaysia dan prop seperti topeng dan kostum yang telah direka khas.
Sesuatu yang amat menarik tentang filem ini, ia menampilkan dua orang pengarah iaitu Nasir Jani yang cukup terkenal sebelum ini menerusi filem Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87, serta pengarah Seth Larney yang pernah terlibat dalam filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader. Pengarah Nasir Jani akan memberi sentuhan teliti pada elemen drama dan penataan seni. Sementara itu pengarah Seth Larney akan memberi tumpuan pada babak aksi dan kesan khas.
Manakala pelakon terkenal dan berbakat besar iaitu Zul Ariffin Farid Kamil, dan Nabila Huda pula telah dipilih untuk menggerakkan watak utama dalam Tombiruo hasil perbincangan keempat-empat syarikat. Pembikinan filem ini merupakan projek pertama Ideate Media sepanjang penubuhannya yang melibatkan penerbitan filem tempatan. Sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kualiti dan mempunyai latar belakang pengalaman bekerjasama dengan produksi antarabangsa dari Amerika, Australia dan seluruh rangkaian Asia Tenggara, Ideate Media berharap dapat menghasilkan sebuah filem tempatan yang unggul dengan gabungan jalan cerita dan kualiti produksi yang tinggi bagi memberi kepuasaan kepada penonton. Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media, Zainir Aminullah menyatakan bahawa, “Sebagai sebuah syarikat yang bermatlamat untuk menembusi pasaran antarabangsa, kami sentiasa komited dalam mencari karya-karya yang mempunyai potensi untuk dikembangkan ke pelbagai medium komersial termasuklah di peringkat antarabangsa dan sebagai contoh projek yang telah kami jalankan seperti Sydney Sailboat and Dirk Gently. Bercakap tentang karya Tombiruo, kami merasakan karya ini mempunyai kekuatan dari sudut jalan cerita dan keunikan dari sudut kombinasi aksi, watak yang dramatik dan kualiti produksi. Sementara itu, kerjasama bersama Astro Shaw dan Grup Buku Karangkraf juga membenarkan kami untuk tampil dengan rangka pemasaran yang strategik bagi memperkenalkan Tombiruo lagi-lagi buat kelompok peminat generasi baru. Kami berharap dapat terlibat dalam menjayakan banyak lagi projek adaptasi sebegini di masa akan datang untuk dihidangkan kepada penonton di Malaysia dan luar negara.”
Jika sebelum ini penonton sering dihidangkan dengan filem adaptasi dari novel yang bergenre cinta sahaja, istimewanya filem Tombiruo ini kerana ia merupakan karya genre thriller pertama terbitan Grup Buku Karangkraf yang diadaptasi ke layar perak. Novel-novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid yang telah diterbitkan semenjak tahun 1998 sehingga kini telah terjual melebihi 1.2 juta naskah dan masih dicetak sehingga kini. Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menjelaskan bahawa, “Ramlee Awang Murshid merupakan novelis thriller nombor satu di Malaysia dan novel Tombiruo adalah salah satu hasil penulisan beiau. Novel Tombiruo juga adalah novel best seller dan novel tersebut menampilkan banyak elemen-elemen unik serta aksi yang jarang dipaparkan di dalam novel thriller yang lain. Jadi filem ini wajib ditonton oleh rakyat Malaysia”.
Menurut novelis Tombiruo: Penunggu Rimba dan selaku wakil produksi Layar Sunan, Ramlee Awang Murshid berkata, “Saya berasa teruja kerana akhirnya karya saya, Tombiruo: Penunggu Rimba akhirnya diangkat ke layar perak. Sebelum ini memang ada lamaran mahu novel saya difilemkan, tetapi saya tolak kerana saya cerewet dalam membenarkan karya saya diolah. Tetapi apabila pihak penerbit filem, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf mengusulkan projek ini, saya bersetuju untuk bekerjasama bersama mereka dalam menjayakan filem ini kerana setiap penerbit mempunyai profil latar belakang yang utuh dan mereka komited dalam memastikan karya ini diolah dengan baik dan mendapat persetujuan bersama untuk membina jalan cerita yang berkesan.”
Filem Tombiruo kini masih lagi dalam sesi pengambaran dan di jangka bakal menemui para penonton pada tahun 2017 nanti.
Salam semua,
Inikah berita yang anda tunggu-tunggu? Sebuah produksi tempatan sedang mencari beberapa orang penting di belakang tabir yang terdiri dari ahli RAMFC untuk menhasilkan filem Tombiruo. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghantar kepada kami salah satu kerja seni di bawah :-
1. Lakaran wajah dan fizikal tombiruo
2. Pelukis Storyboard
3. Grafik Design (Rekaan poster dan lain-lain yang berkenaan )
4. Pereka dan Pengendali laman web filem
5. Still photo
bersama-sama dengan profil anda dalam bentuk ‘softcopy’ & ‘hardcopy’ ke alamat berikut:
RAMFC
d/a Lot 15/901
Kampung Pasir Dalam,
58200 Kuala Lumpur
atau BOLEH EMAILKAN juga ke admin.ramfc@gmail.com dengan tajuk ‘profil tombiruo’. Tarikh tutup menghantar penyertaan di atas adalah pada 15 Oktober 2010. Mereka yang terpilih akan terlibat dalam pembikinan filem Tombiruo nanti.
Nota
Pemilihan akan dilakukan oleh Produksi bakal menghasilkan filem terbabit dengan bantuan Saudara Ramlee Awang Mursid
Mereka yang terpilih akan ditawarkan kerja secara kontrak untuk team' TOMBIRUO The movie" (gaji akan dirundingkan sebelum kontrak diterima)
Untuk lakaran fizikal/wajah Tombiruo,Saguhati dalam bentuk wang tunai akan diberikan pada lakaran yang terpilih
Ejim, amiruddin dan suraya bukan nama asing, inilah antara penyebab saya menjadi peminat setia Ramlee Awang Murshid.
Ramlee Awang Murshid berkirim salam pada teman-teman di RAMFC sambil menanyakan satu soalan untuk anda, siapa pelakon Malaysia yang layak memegang watak Ejim? Amiruddin? Suraya? dan watak-watak lain dalam Tombiruo yang anda masih ingat jika novel lahir di skrin nanti.
Pendapat saya, tentu saja Fahrin Ahmad boleh membawakan watak kembar Ejim & Amiruddin dan manakala watak suraya selayak dibawa oleh Vanida Imran yang pernah menang Pelakon Wanita Terbaik beberapa tahun dahulu.
Tapi pendapat saya tidak dapat mewakili semua di sini. Seperti sering anda bayangkan, sila luahkan di ruangan komen entri ini. Salam Takzim.
Salam, kami tangguh laporan ketiga dan keempat dari PWTC. Kami ingin mengajukan soalan yang ingin ditanya oleh Saudara Ramlee Awang Murshid kepada anda semua. Berikut adalah soalannya.
Kemukakan juga pendapat anda di ruangan komen. Hanya satu soalan dengan pasti beribu jawapan, pendapat dan persoalan yang lain.
*Untuk nota anda, novel Pei Pan pernah didramakan maka tiada dalam senarai.
Hubungi (019-6907183 - Iena ) untuk perkhidmatan penghantaran bunga dan coklat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
Perhatian!
Kepada ahli ahli RAMFC dan terutamanya followers blog ramfc, kami di RAMFC mengalu-alukan sumbangan artikel mengenai RAM dalam apa jua bentuk sama ada ulasan novel, pendapat atau gambar yang ingin dikongsi bersama ahli di laman ini, kami akan terbitkan artikel anda dan kepada yang mempunyai blog atau website, semua sumbangan anda akan dipautkan kepada blog atau website anda. Semua sumbangan boleh di emailkan kepada admin.ramfc@gmail.com .
Ruangan Ahli RAMFC Minggu Ini masih di alu - alukan kepada ahli-ahli yang berminat, sila hantarkan butiran anda dan kenapa meminati RAM di admin.ramfc@gmail.com . (Sila lihat contoh terdahulu di sini)