Salam hormat,
Kepada mereka yang telah mendapat novel ini di Pesta Buku Antarabangsa yang lalu dengan cetakan yang terhad, kami di RAMFC mengucapkan selamat membaca. Kepada tidak berpeluang ke sana, anda perlu menunggu lagi.
Novel ini hanya akan mula memasuki pasaran seluruh Malaysia pada penghujung Mei ini. Apakah Episod Terakhir ini bakal mengundang air mata atau ria gembira? Sama-sama kita baca pengakhirannya hingga ke muka surat yang terakhir.
Sinopsis
Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.
Untuk makluman semua, novel ini masih belum berada di pasaran seluruh Malaysia. Hanya cetakan terhad telah dibuat oleh penerbit khas untuk Pesta Buku Antarabangsa yang lalu. Jadi kepada tidak berpeluang ke PBAKL atau kecewa kerana tidak sempat menyambarnya pada Pesta Buku yang lalu, tempahan novel ini masih boleh dibuat melalui RAMFC. Anda boleh melakukan tempahan melalui link berikut http://www.kelabram.com/2010/03/pesanan-buku-ram-di-ramfc.html
Namun harus diingatkan, anda masih perlu menunggu sehingga penhujung Mei nanti untuk menerima pesanan novel anda nanti. Untuk maklumana anda sekali lagi, novel ini akan memasuki pasaran seluruh negara pada penghujung Mei ini. Harap maklum.
Kami di RAMFC mengucapkan selamat mengembara bersama Laksamana Sunan. Salam Sunan Musafir…