Salam sejahtera, kisahnya secara tiba-tiba abang Ramlee mendapat penggilan pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum program ini untuk menjadi tetamu untuk rancangan yang di beri nama Santai di Menara Kuala Lumpur bersama Hezry. Kami sempat mengumpulkan beberapa rakan RAMFC untuk menjadi tetamu. Tetapi bagaikan telah dilihat tiada wakil kami diteramah, jangan ditanya sapa Akma kami enggak tahu. Jawapan yang diterima, mereka merancang semua terlebih dahulu.
Mungkin juga kerana tidak cukup kajian maka pengacara nampak kelam kabut. Jadi soalan dan ulah bicara tidak semena mana. Saya rasa mungkin oleh kerana sebab persediaan yang singkat beliau jalani.
Walau bagaimanapun kami tetap gembira dapat melihat Ramlee Awang Murshid diwawancara di hadapan mata. Mungkin lain kali di siaran yang lain pula. Selain itu, hadiah penonton bertuah di menangi oleh Kaseh Faizzah yang merupakan pasangan hidup Tuan Penasihat RAMFC iaitu Attokz Dikulgai. Mereka sempat diperkenalkan pada awal rancangan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat rakamkan ketika siaran.
elle dan diena
set rancangan
kumpulan muzik yang mengiringi rancangan
Artis jemputan – The Fabulous Cats
Makanan yang ditaja
RAMFC yang hadir, dari kiri diena, abg web, akak hana, elle & syima.
akim tiada dalam gambar.
Syima memegang hamper dimenangi oleh Kaseh Faizzah
Bersama pengacara program di hujung sebelah kanan dan saudara Ramlee dan keluarga
Pasangan bertuah pada malam ini iaitu Attokz dan isterinya Faizzah
Ramlee Awang Murshid bersama isteri dan anaknya iaitu Dayang & Aizuddin
Makan-makan selepas rancangan.
Lagi laporan di Mentari Indah.