Salam semua,
Pesta buku datang lagi, berikut adalah jadual Ramlee Awang Murshid sempena Pesta Buku kali ini. Yuk!
Kali ini juga, buat julung kalinya, kami bekerjasama dengan Kota Buku, PTS & Baca@LRT menganjurkan Forum bertajuk Menjadi Penulis Sepenuh Masa. Jangan lepaskan peluang menarik ini, jom dengarkan pengalaman panelis-panelis kita menjadi Penulis Sepenuh Masa.
Jadi rebutlah peluang ini! Ini kali lah barangkali peluang anda bertemu Tuan Ramlee Awang Murshid. Jumpa anda di PBAKL!
RAMians, barulah thrill!
Ramlee Awang Murshid dan Munir Ramli sekali lagi digandingkan dalam satu forum Kerjaya Seorang Penulis sempena Minggu Ekplorasi Kerjaya oleh Unit Psikologi Kauseling, Universiti Sains Islam, Malaysia.
Minggu kerjaya yang diadakan juga sempena Konvokesyen ke-9 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Peluang para graduan dan orang ramai memahami peluang-peluang kerjaya yang dapat mereka terekoi di luar sana. Kerjaya dalam bidang penulisan juga mampu memberi hasil yang lumayan.
Mari kita bertemu dan mendengar pengalaman beliau di sana nanti. Juga untuk hari tersebut ruang pameran(booth) RAMFC akan dibuka. Anda boleh dapatkan cenderahati RAMFC seperti Sticker RAMFC, Topi Baseball RAMFC & juga Album Jalan oleh Society yang mengandungi lagu Sunan Musafir lirik oleh Ramlee Awang Murshid sendiri.
Datanglah beramai-ramai, jumpa anda disana!