
Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan...
52 tahun kemerdekaan Tanah Melayu , 46 tahun pembentukan Malaysia...
Aku cuba mencari idea grafik untuk disumbangkan ke blog ini sempena sambutan bulan kemerdekaan dan karya Ramlee Awang Murshid yang boleh mengingatkan aku akan semangat patriotisme serta perjuangan adalah karya beliau yang bertajuk
A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia.
turut dialih bahasa ke bahasa inggeris dengan tajuk - PERSONAL JUSTICE
Jika ADAM diadaptasikan ke Filem , siapakah pelakon yang pada pendapat anda boleh melakonkan watak-watak dalam ADAM ?
cuma pendapat budakhutan...
Hilman - Mustapha Kamal
Mia Sara - Siti Saleha
Jeslina - Lisa Surihani
watak-watak lain? belum ada idea ... hehehe
Salam Merdeka !
p/s: budakhutan ada buat sedikit pengubahsuaian pada template yeak.. harap maklum, jika ada yang tak berkenan dan nak ubah semula..sila maklumkan...
Baiklah ulasan kali ini dipetik dari blog USTAZKODIMERO, ulasan berbentuk komik ini adalah mengenai novel ADAM. Kepada anda yang berminat menghantar ulasan novel karya Ramlee Awang Murshid sila emelkan kepada admin.ramfc@gmail.com. Semua sumbangan akan dilinkkan kepada blog dan atas nama anda.
ADAM hasil karya Ramlee Awang Murshid
iaitu penulis thriller no1 Malaysia.
Novel ini merupakan novel pertama yang aku hayati sehinggakan
aku terus terpaut dan menjadi peminat setia novel-novel beliau.
Setakat nie semua novel dia aku dah baca kecuali 3 novel yang masih
dicari iaitu Pei Pan, Personal Justice dan Igauan Maut.
" DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. "
DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA...

(Jeslina) (Hilman)
Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia.
Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya.

(Jeslina)
Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk.
(Mia Sara)
Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya.
(Hilman)
Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya
.
(Hilman)
Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya.
(Hilman)
Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House!
(Hilman mengamuk)
Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...