Ahli RAMFC Minggu Ini - Edanz
Nama : Muhammmad Zaidan Bin Zainuddin
Asal : Kelantan
Umur : 24 Tahun
Nick : Edan
Seorang peminat setia pasukan Liverpool dan perkara utama apabila melayari internet adalah mencari artikel pasal Liverpool. Saya bukanlah kaki novel sebenarnya. Saya masih ingat di tingkatan 4 & 5 pelajar diwajibkan menghabiskan membaca sebuah novel. Memang susah nak habiskan baca novel tersebut walaupun buku tersebut nipis sahaja.
Pada awalnya saya hanya membaca novel Harry Potter tetapi mula tertarik dengan karya Ramlee setelah membaca sinopsisnya. Saya membeli 3 buah novel Ramlee sekali gus iaitu ADAM, Tombiruo dan Semangat Hutan. Sekarang semua novel nukilan Ramlee sudah saya kumpul kecuali Pei Pan & Igauan Maut.
Disebabkan saya amat meminati karya Ramlee saya telah membuka Kelab Peminat Novel Ramlee Awang Murshid di Friendster kerana ketika itu belum ada lagi kelab peminat Ramlee di Friendster. Di situ saya berkenalan dengan Elle, pengasas Kelab RAM yang ada pada ketika ini. Kebetulan pula website Elle bina dan kelab di Friendster yang saya buat sama bulan dan tahunnya. Cuma berbeza hari sahaja.
Novel nukilan Ramlee yang saya minati adalah Rahsia Perindu dan watak yang paling menarik perhatian saya adalah Ejim.
Semoga kelab ini akan terus maju dan berkembang pada masa-masa akan datang. Tahniah kepada semua ajk kelab yang berusaha keras untuk memajukan kelab ini dan tidak lupa juga kepada ahli-ahli kelab yang terus menyokong.
Nota khas: Edanz adalah pengasas kelab RAMFC di Freindster, laman freindster RAMFC boleh dicapai di link berikut- http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=367384. Edan juga merupakan wakil RAMF C bagi negeri Kelantan.
Untuk berkongsi minat anda mengenai novel-novel karya Ramlee Awang Murshid sila hantarkan nukilan, biodata atau apa saja ke admin.ramfc@gmail.com
6 Ulasan
amboi edan, posing sakan.. gambaq ni nk bagi kat marka ka? lalala..
BalasPadamAhaks... Sala mEn. EdanZ :)
BalasPadamAssalamualikum Edanz
BalasPadamPapa penyokong Aston Villa.. ala yang beat Liverpool 3-1 ari tu kat Anfield.. huhuhuhu
Jangan marah arr.. Nanti insya allah kita jumpa... & salam pekenalan...
Selamat Hari Raya... (Nak gi pasang lampu lip lap)
wslm zonan, ok la tu 3-1..ingat lagi tragedi 4-0...huhu. salam perkenalan. (rumah ana sudah pasang itu lampu lip lap lah)
BalasPadamwslm budak hutan....
wslm papa...nk bg marka??? huhu. ntah2 marka yg tlg ambilkan...hehehe
salah pulak......akim lah...huhu. sori
BalasPadamPei Pan hanya terdapat di Kinokunya sahaja....bln lepas sy beli hanya tinggal 3 naskhah je..
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.